Uncategorized

Norish Karman Mengamuk Di IG

Share

Baru-baru ini, menerusi Instagram pelakon drama Mahligai Itu Milikku, Norish Karman dikatakan dia telah berang dengan seorang pengikutnya apabila individu itu telah menuduh dirinya curang ketika masih lagi berstatus isteri kepada suaminya sebelum ini.

Oleh kerana terlalu berang dengan individu tersebut yang seolah seperti kurang ajar, Norish menyifatkan individu tersebut sebagai haiwan.

“Haiwan jenis ape ni pun aku tak faham lah..Tau tau ape2 tetiba lagak mulia plak..My X husbnd tu BUKAN Dato wen i married he was org biase je.

“Bisnes pun tak kembang hanya bisnesman biase. Lepas kawin aku la dia dapat Dato…so CORRECTION i DID NOT marry a Dato. Lepas satu-satu anak-anak aku lahir la dia dapat banyak bisnes, tu namanya rezeki anak-anak. Rezeki dari Allah swt,” katanya.

Norish juga berkata dia sedang bekerja keras untuk membesarkan kesemua anak-anaknya disebabkan bisnes suaminya jatuh dan dia kini dalam kesusahan kerana semua ini adalah dugaan Allah.

Tambah Norish, dia bertambah marah dengan tuduhan yang dilemparkan ini apabila tuduhan itu membuatkan anak-anaknya berang dengan apa yang dikatakan kepada ibu mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, malah Norish seperti ‘diburu’ netizen apabila sering kali bertanyakan soalan peribadi kepada beliau yang terutamanya mengenai hijab.

Dek kerana komen tersebut juga, Norish turut meluahkan perasaannya dan perjuangannya dalam membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.

Mengambil iktibar peristiwa hitam yang terjadi pada Pusat Tahfiz yang lalu, Norish sangat menjaga dan memberi keutamaan kebajikan anak-anak.

Disebabkan itu, beliau sanggup berkorban dan membuat pelbagai pekerjaan demi anak-anaknya.

“Kalo aku asyik pikir diri sendiri ,Kalo aku asyik buat yang aku suka maka anak-anak aku ada peluang jadi anak-anak tepi jalan bole jadi jugak macam tujuh budak yg bakar Tahfiz sebab mak bapak tak bagi perhatian tak bagi kasih sayang tak amik tau kebajikan dorang.FaHam Ke FaHamm?” ujarnya berang.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji ketabahan beliau dalam membesarkan kesemua anaknya sebagai ibu tunggal malah turut meminta Norish untuk tidak mempedulikan komen dan kata-kata negatif dari mereka yang cuba menjatuhkannya.

Pasti Norish mengamuk ini adalah kerana beliau sudah lama menyimpan perasaan sabar. MH Online berharap agar Norish bersabar dengan dugaan yang menimpa. Pasti sesuatu yang terjadi ada hikmahnya.

Sumber : Instagram Norish Karman

IKLAN