Norish Karman Mengamuk Di IG

Baru-baru ini, menerusi Instagram pelakon drama Mahligai Itu Milikku, Norish Karman dikatakan dia telah berang dengan seorang pengikutnya apabila individu itu telah menuduh dirinya curang ketika masih lagi berstatus isteri kepada suaminya sebelum ini.

Oleh kerana terlalu berang dengan individu tersebut yang seolah seperti kurang ajar, Norish menyifatkan individu tersebut sebagai haiwan.

“Haiwan jenis ape ni pun aku tak faham lah..Tau tau ape2 tetiba lagak mulia plak..My X husbnd tu BUKAN Dato wen i married he was org biase je.

“Bisnes pun tak kembang hanya bisnesman biase. Lepas kawin aku la dia dapat Dato…so CORRECTION i DID NOT marry a Dato. Lepas satu-satu anak-anak aku lahir la dia dapat banyak bisnes, tu namanya rezeki anak-anak. Rezeki dari Allah swt,” katanya.

Haiwan jenis ape ni pun aku tak faham lah…. Tau tau ape2 tetiba lagak mulia plak…. My X husbnd tu BUKAN Dato wen i married he was org biase je…. Bznz punnn tak kembang hanya bznzman biase….. Lepas kawin Aku la dia dpt Dato…so CORRECTION i DID NOT marry A DaTo ? Lepas satu2 anak2 aku lahir la dia dpt byk bznz…..tu namanya Rezki anak2 ??rezki dari Allah swt… Aku nii berkorban karier akuberjihad utk anak2 SBB X husbnd bznz jatuh rock bottom dia tengah susah tengah melalui dugaan Allah swt makanya Aku tlg dia jaga kebajikan anak2 , sekolah anak2, aku yg carik rumah tmpt berteduh anak2 sbb dia tak mampuuuu and guess Wat ?? i DONT blame him ,malah aku memahami dan bantu sgale yg Aku mampu…..sbb Aku tak dididik menghancur org lain walaupun pernah disakiti dan Dia BAPAK anak2 Aku maka Aku bertanggjep utk TIDAK membuat anak2 aku tambah sedih ….. FYI Dunia ,my X husbnd n Aku tak gadoh tak bermusuh malah dia dan anak2 sedar Aku byk berkorban karier korban masa korban sgale2nya demi dia bangkit semula dari kejatuhan bznz dia n sementara itu la Aku yg membesarkn anak2 dgn sgale kekurangan n cabaran….. Aku Yaqin Dia akan bangkit semula krn kami anak beranak TIDAK lupa menDoakn Baba mrk……. Sbb tu la Aku tak belakon sbb org tak faham life Aku ni jaga anak2 from zero to hero….sbb X husbnd tengah susah bukan sbb aku ibu tunggal yg gagal ke bukan sbb aku malas kerja ke bukan sbb aku tak nak belakon ke bukan sbb aku bukan sbb akuuuu.. FaHam ke FaHam ?????? Kalo Aku asyik pikir diri sendiri ,Kalo Aku asyik buat yg Aku suka maka anak2 aku ada peluang jadi anak2 tepi jalan bole jadi jugak macm 7 budak yg bakar Tahfiz sbb mak bapak tak bg perhatian tak bg kasihsayang tak amik tau kebajikan dorang….. FaHam Ke FaHamm ???? Meh jumpa Aku la kalo rasa nak tau sgt …..?????? takyh semak jadi Keyboard warrior TAKUT ke ape weii ????? Aku jawap ni sbb anak2 aku bengang tak terima Bunda dia dikutuk sedemikian….. #hidupKrnAllahDemiAnak2 #lifeOfSingleWarriorMum @alaanis34 ?

A post shared by dWarriorQueen (@norishkarman) on

Norish juga berkata dia sedang bekerja keras untuk membesarkan kesemua anak-anaknya disebabkan bisnes suaminya jatuh dan dia kini dalam kesusahan kerana semua ini adalah dugaan Allah.

Tambah Norish, dia bertambah marah dengan tuduhan yang dilemparkan ini apabila tuduhan itu membuatkan anak-anaknya berang dengan apa yang dikatakan kepada ibu mereka sendiri.

IKLAN

Bukan itu sahaja, malah Norish seperti ‘diburu’ netizen apabila sering kali bertanyakan soalan peribadi kepada beliau yang terutamanya mengenai hijab.

Dek kerana komen tersebut juga, Norish turut meluahkan perasaannya dan perjuangannya dalam membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.

Mengambil iktibar peristiwa hitam yang terjadi pada Pusat Tahfiz yang lalu, Norish sangat menjaga dan memberi keutamaan kebajikan anak-anak.

IKLAN

Disebabkan itu, beliau sanggup berkorban dan membuat pelbagai pekerjaan demi anak-anaknya.

“Kalo aku asyik pikir diri sendiri ,Kalo aku asyik buat yang aku suka maka anak-anak aku ada peluang jadi anak-anak tepi jalan bole jadi jugak macam tujuh budak yg bakar Tahfiz sebab mak bapak tak bagi perhatian tak bagi kasih sayang tak amik tau kebajikan dorang.FaHam Ke FaHamm?” ujarnya berang.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji ketabahan beliau dalam membesarkan kesemua anaknya sebagai ibu tunggal malah turut meminta Norish untuk tidak mempedulikan komen dan kata-kata negatif dari mereka yang cuba menjatuhkannya.

Pasti Norish mengamuk ini adalah kerana beliau sudah lama menyimpan perasaan sabar. MH Online berharap agar Norish bersabar dengan dugaan yang menimpa. Pasti sesuatu yang terjadi ada hikmahnya.

Sumber : Instagram Norish Karman