“7 Januari 2025, alhamdulillah syukur. Selamat ulang tahun ke-16 buah hati mommy. Seakan tidak percaya masa bergerak sepantas ini.
“Melihat kamu menjadi seorang yang baik, kuat dan anak muda yang hebat pada hari ini adalah anugerah terindah dalam hidup saya.
“Awak bakal melangkah ke fasa hidup yang penuh dengan impian, cabaran dan peluang yang tanpa henti.
“Ingatlah, saya selalu bangga dan akan sentiasa di sini menyokong serta membimbing awak dalam apa juga perjalanan,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Lagenda Budak Hostel ini turut mengingatkan anaknya itu untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dalam perjalanan untuk menjadi orang yang hebat.
Ads
“Jangan lupa solat, membaca Al-Quran, berzikir. Berdoalah. Allah akan dengar.
“Semoga tahun ini dipenuhi rasa cinta, gelak tawa dan kejayaan dalam apa jua yang awak lakukan. Teruskan bersinar, bermimpi dan menjadi orang yang hebat,” kongsinya lagi.
Selain nukilan istimewa itu, para netizen turut tertarik dengan foto-foto yang dikongsikan oleh Nora di Instagram.
Netizen Puji Keakraban Keluarga Besar Nora Danish
Acara yang disambut secara sederhana tapi meriah itu turut dihadiri ahli keluarga Nora serta bekas suaminya Toh Muda Datuk Rizal Ashram Ramli dan Nedim Nazri.
Ads
Malah, pelakon, Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz turut dilihat ada bersama pada majlis yang diadakan disebuah restoran Korea itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat hubungan silaturahim dan keakraban yang terjalin diantara keluarga besar Nora yang kekal bertahan sehingga hari ini.
“Ya Allah, bagusnya silaturrahim kaluarga ini. Buang habis semua sengketa lama. Love sangat. Happy birthday Qal.
Ads
“Suka tengok Nora dan Fasha Sandha. Walaupun dah bercerai tapi masih baik bersama bekas suami. Tak perlu bermusuh demi anak-anak.
“Bagus sangat Nora ni. Good at co parenting.
“Tumpang gembira buat keluarga Nora. Semoga anak-anak Nora dan Fasha jadi anak yang soleh dan solehah
“Suka sangat tengok keluarga Nora dan Kak Fasha. Sentiasa bersatu demi anak-anak. Sungguh hebat mereka ini,” antara komen-komen netizen.
Seronok MH tengok keluarga ini. Semoga hubungan kekeluargaan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan personaliti terkenal Filipina, Andrea Brillantes telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia bagi tahun 2024 oleh TC Chandler dan Independent Critics.
TC Candler ialah laman web popular yang kerap mengeluarkan senarai tahunan “100 Wajah Paling Cantik” dan “100 Wajah Paling Kacak.”
Penilaian dalam senarai ini merangkumi pelbagai aspek, daripada populariti kepada daya tarikan fizikal dan estetika keseluruhan yang sekaligus menarik perhatian mata secara global.
Andrea yang cukup terharu dengan penghormatan itu memuat naik satu video berterima kasih atas penghomatan yang diberikan kepadanya.
“Ia satu penghormatan yang besar, terima kasih banyak kepada TC Candler. Ini bukan hanya tentang kecantikan, ia tentang keyakinan dan keunikan serta menerima siapa diri anda.
“Saya harap anda mendapat inspirasi untuk meraikan kecantikan anda sendiri,” ujarnya dalam satu video seperti yang dipetik oleh portal berita ABS-CBN.
Andrea Brillantes atau sebenarnya Ramona Anndrew Blythe Daguio Gorostiza, dilahirkan pada 12 Mac 2003 di Taytay, Filipina. Dia adalah anak ketiga daripada pasangan Mabel Gorostiza, seorang atlet terjun bebas kebangsaan Filipinadan Byron Gorostiza.
Memiliki lebih 14 juta pengikut di Instagram, Andrea memulakan langkahnya dalam dunia seni sebagai model cilik sebelum terjun ke dunia lakonan.
Antara naskhah lakonannya yang popular adalah seperti siri remake Pangako Sa Yo 2015 dan High Street yang diterbitkan pada 2024 menyaksikan dia memegang watak utama.
Selain Andrea, penyanyi Kumpulan Blackpink, Jisoo berada di tangga kedua dan pemain chess Kanada, Andrea Botez berada di kedudukan ketiga.
Pelakon popular Malaysia yang tercalon, Anna Jobling, berada di kedudukan ke-59. Bekas finalis top 5 Dewi Remaja 2018/2019 ini naik tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-66 bagi tahun 2023.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengesahkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya, pagi ini.
Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dijangka memfailkan pengesahan cerai taklik pada jam 11 pagi ini.
Ketika dihubungi, Along tidak mahu mengulas lanjut.
“Saya tiada komen, tapi saya bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik, hari ini. Kita tunggu episod seterusnya,” katanya ringkas, petik BH Online.
Semalam, Along melakukan sujud syukur dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen Sepang, semalam melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, Along didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre menjadi saksi malam penuh magis yang dihidupkan oleh penyanyi, Ernie Zakri melalui konsert solonya, Aura: Ernie Zakri Live in Concert.
Lebih daripada sekadar hiburan, ia merupakan sebuah pengalaman emosi mendalam yang menonjolkan kehebatan vokal penyanyi berkenaan sehingga memukau lebih 3,000 peminat setianya.
Meskipun disahkan mengalami jangkitan laringitis sebelum konsert, ibu kepada seorang cahaya mata itu membuktikan profesionalismenya sebagai seorang anak seni sejati.
Persembahan vokalnya tetap luar biasa, membuka tirai dengan lagu Aura dan membawa penonton menikmati rangkaian 22 lagu lain seperti Boneka, Astana, Ayuh, Misteri, dan Gundah.
Turut memeriahkan konsert ialah persembahan duet bersama Sabronzo menerusi lagu Luv serta penampilan khas Ade Govinda untuk lagu Masing-masing dan Hal Hebat.
Penghayatan Ernie diperkukuhkan dengan susunan muzik eksklusif arahan Genervie Kam, menjadikan setiap lagu sebuah perjalanan emosi yang menyentuh hati.
Keintiman dan keikhlasan Ernie sebagai seorang penghibur terserlah melalui persembahan duet bersama Syamel untuk lagu Die With Smile dan Aku Cinta, yang menjadi salah satu detik kemuncak malam tersebut.
Penutup yang penuh kehebatan dengan lagu Ku Bersuara menandakan noktah sempurna untuk malam istimewa ini, meninggalkan kesan mendalam kepada setiap yang hadir.
Konsert ini juga membuka lembaran baharu apabila pihak penganjur, SAH Entertainment, apabila pihaknya turut mengumumkan konsert susulan di Singapura pada Jun 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...