
Aktres Nora Danish tampil menjelaskan khabar angin serta sebuah video tular yang mendakwa dirinya bakal melangsungkan majlis pernikahan pada Isnin (hari ini).
Menurut Nora, berita tersebut tidak benar dan dia tidak akan berkahwin dalam masa terdekat.
Malah, video yang memaparkan kad jemputan perkahwinan hanyalah sebuah konten pemasaran untuk sebuah jenama tempatan dan dirinya langsung tidak terlibat.

“Ramai yang tertanya-tanya tentang gambar terbaharu dan berita viral, baru-baru ini. Dengan rasa hormat dan cinta, saya ingin menjelaskan yang saya tidak akan berkahwin pada esok (hari ini).
“Gambar dan video yang viral itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kempen pemasaran untuk sebuah jenama dan ia langsung tiada kena mengena dengan saya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories pada malam Ahad.

Hargai Doa Peminat, Enggan Terus Disalahertikan
Dalam pada itu, Nora turut berterima kasih kepada semua pihak terutamanya para peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

“Saya hargai segala rasa cinta, doa dan rasa ambil berat daripada anda semua. Saya harap kenyataan ini menjelaskan segala kekeliruan.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan berbuat baik kepada saya. Saya sayang anda semua,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, nama Nora kembali menjadi perhatian selepas timbul spekulasi bahawa dia sudah menemui cinta baharu dan bakal mendirikan rumah tangga.
Spekulasi itu bermula selepas Nora memuat naik foto memperlihatkan seorang lelaki mengenakan kopiah putih di Instagram.
Tidak lama selepas itu, ramai membuat telahan Nora sedang bercinta dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mickey Ayo, seorang perunding kewangan.
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 namun bercerai pada 19 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.
Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada 2006 dan bercerai pada Julai 2008.
Menerusi perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




