Pelakon cantik Nora Danish kini sedang hamil tujuh bulan, dan khabarnya hot mama ini bakal due pada bulan Mac depan.

Dalam satu temu ramah, Nora memberitahu bahawa jangkaan tarikh bersalin yang diberitahu doktor adalah pada 9 Mac nanti.

Namun, dia sangat berharap jika bayinya boleh lahir 2 hari lebih awal daripada jangkaan, iaitu pada 7 Mac.

“Jika diikutkan jangkaan doktor, saya akan bersalin pada 9 Mac depan. Begitupun menjadi harapan saya, kalau boleh, biarlah bayi ini lahir pada tarikh sama dengan hari jadi saya,” katanya kepada BH Online.

Nora Danish Harap Dapat Sama Birthday Dengan Baby

IKLAN

Apa pun, Nora berkata dia hanya mampu berdoa dan menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa.

Bagi Nora, apa yang lebih penting adalah bayi dalam keadaan sihat dan cukup sifat ketika dilahirkan.

IKLAN

Dalam pada itu, ada insan lain yang rupanya sangat teruja menanti kelahiran bayi ini selain Nora dan suami, Nedim Nazri. Anak sulungnya Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram juga dikatakan sudah tidak sabar untuk bergelar abang.

IKLAN

Nora Danish Harap Dapat Sama Birthday Dengan Baby

“Bukan saya dan Nedim saja yang teruja menghitung hari menanti kelahiran bayi ini, Rayqal juga sama-sama tidak sabar. Sejak awal perkahwinan saya lagi, dia memang mahukan adik,” katanya.

Tak sabar nak tengok wajah baby Nora Danish! MH doakan semoga segala urusan sehingga hari melahirkan nanti dipermudahkan, selain mummy dan baby sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI