Nora Ariffin Kongsi Pengalaman Naik Gua Hiraq, Daki Jam 2 Pagi

Share

Mengucapkan kesyukuran apabila diberi kesempatan naik ke Gua Hiraq, jelas penyanyi Nora Ariffin, dia seringkali berdoa kepada Allah dan kini doanya termakbul apabila berjaya mendaki sehingga ke puncak Gua Hiraq.

Jelasnya, cukup istimewa apabila dia tidak perlu beratur dan menunggu lama, malah dia dapat menunaikan solat sunat tahajud dengan keaadan tenang.

Yes!!!! Finally. Alhamdulilah syukur pada Allah swt. Setiap kali datang umrah, nora selalu berkata & berdoa. Satu hari nanti, saya nak naik gua hiraq. Allahuakbar.

“Allah maha mendengar doa nora selama ini. Sejarah dlm hidup, Hari jumaat 10 Januari, jam 2 pagi, nora akhirnya berjaya sampai di puncak GUA HIRAQ.

“Lebih istimewa, tanpa perlu beratur ramai & menunggu lama, nora dapat solat tahajud & berdoa dgn cukup tenang,” tulisnya.

Dalam perkongsian ini, penyanyi Hanya Satu ini turut berkongsi cabaran dan memberi kata-kata semangat buat yang bakal ke sini.

Terasa aura Rasullullah…bila kat sini.
Allahuakbar….Sukar digambarkan dgn kata2,” tulisnya.

Penyanyi Hanya Satu ini turut menambah, atas kesukaran tersebut, dia awalnya putus harap, tetapi tetap berusaha sampai ke puncak.

“Mula naik jam 2 pagi, ambik masa 1.30 jam, cuaca yg agak sejuk, berangin, gelap, kena pakai touch light, tangga yg sangat curam dan menakutkan juga, amat memerlukan stamina yg luarbiasa.

“Alhamdulillah…its a teamwork. Semua masing2 memberi semangat & help each other.

“Gigih juga nk sampai….al maklum lah, umur 46, dah lama tak exercise, badan dan lemau & malam agak gelap. Huhuuuuuu… mmg kerja gila jugak.

“Hampir nk give up, sbb tak larat.
Namun….Demi ingin menghayati sejarah Rasullullah saw. Nora teruskan juga.

“Hasilnya mmg berbaloi. Speechless. Pengalaman yg paling manis & berharga dalam hidup nora buat selama- lamanya.


Kepada yg masih kuat, jom try naik gua Hiraq.

“Semoga ini menjadi inspirasi buat semua.
Allahuakbar. Tq @umrah.eco kerana telah menjaga saya & sahabat2 lain.
Jom umrah bersama @umrah.eco,” kongsinya panjang lebar.

Nora bertolak mengerjakan umrah secara berkumpulan pada 8 Januari lalu.

Foto : Instagram Nora Ariffin

IKLAN