“Sidang media bagi menjaga nama baik dan imej saya dan keluarga”. Itulah luahan yang dibuat penyanyi tahun 80-an, Noorshila Amin dan anaknya yang telah mengangkat sumpah laknat bagi menafikan mereka ada melakukan penipuan melibatkan sejumlah wang daripada beberapa rakan artis seperti yang didakwa seorang aktres, baru-baru ini.

“Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak mengambil satu sen pun duit artis yang terlibat di dalam karnival jualan yang dimaksudkan iaitu Encik Mimpi, Liza Abdullah, Rozie Othman, Sheila Mambo, Zul Yahya, Jasmin Ashraff, Ainina Ahmad B dan Aiman Tino sewaktu membawa mereka ke Brunei April lalu.

 

“Demi menjaga nama baik, pihak kami telah membuat laporan polis pada 4 Disember lalu di Balai Polis Seremban 2 berkenaan kenyataan yang dibuat pelakon berkenaan,” katanya dalam nada tegas menerusi sidang akhbar yang telah dilakukan di Binkhalid by Geo’s, 4.00 petang semalam.

 

Sementara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Rambu Ramba dan Aku Sudah Jatuh Hati itu turut memberi penjelasan berkenaan dakwaan pelakon yang dimaksudkan yang turut mendakwa, penyanyi itu telah menendang troli miliknya ketika sama-sama berniaga di Singapura. Noorshila bagaimanapun menjelaskan, dia sebaliknya hanya menguis troli tersebut menggunakan kaki sambil berpeluk tubuh.

 

“Saya mengaku ada menguis troli yang dimaksudkan. Tetapi bukanlah tendang. Hanya kuis dengan kaki supaya ia berada di tempat sepatutnya. Kalau cara tendang tu, memang troli itu akan sampai ke booth artis lain. Pada waktu itulah saya marah dan tanya pada dia kenapa fitnah saya ambil duit artis semasa di Brunei?,”jelasnya.

Sebelum ini, hubungan dua selebriti itu dikatakan tidak berapa baik ketika sama-sama berniaga di Kota Singa November lalu. Situasi difahamkan menjadi lebih buruk apabila seorang lagi selebriti dikatakan telah memuat naik empat video di Facebook mengenai isu tersebut hingga menjadi tular di media sosial. Dalam pada itu, peguam yang juga anak Noorshila, Nurrul Nadia Norrizan turut memohon pelakon dan pengacara itu untuk berhenti daripada cuba mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah dan nama baik ibunya.

IKLAN

Sedutan perjalanan sidang media tersebut boleh ditonton menerusi laman FB Media Hiburan.

IKLAN

IKLAN

MH berada di sidang media penyanyi Norsheila Amin berkenaan dengan isu perselisihan faham di antaranya dengan seorang aktres ketika sama-sama berniaga di Singapura.

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 3 December 2017

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI