Uncategorized

“Noh Tolak Hujan,”- Noh Diberi Penghormatan Sampaikan Lagu Negaraku Di MotoGP, Hafizh Syahrin Pula Sebak Sebab…

Share

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Negaraku sempena saingan MotoGP 2018 yang berlansung di litar Sepang pada Ahad.

Bagaimanapun, Noh mengakui berasa sedikit gemuruh untuk mempersembahkan lagu kebangsaan itu dihadapan ribuan penonton dari dalam dan luar negara.

Detik membanggakan itu turut dimuat naik dilaman Twitter Fox Sport Asia.

Video tersebut turut memaparkan pelumba motoGP  negara, Hafiz Syahrin menitiskan air matanya kerana sebak mendengar lagu keramat itu.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat Malaysia berasa kagum apabila seorang ‘rock star’ diberi kepercayaan untuk membawa lagu kebangsaan di upacara besar yang turut disaksikan peminat sukan permotoran diseluruh dunia.

Mereka juga sempat berseloroh, Noh telah berjaya menolak hujan daripada turun sepanjang perlumbaan itu berlansung.

Sebelum ini, antara penyanyi yang turut diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Negaraku di saingan motoGP ialah Hazama dan Ning Baizura.

Foto: Instagram Noh Salleh

IKLAN