Adik kepada penyanyi Miley Cyrus, Noah nampaknya menjual satu item ‘rare’ selepas dia putus cinta dengan rapper, Lil Xan.

MH difahamkan, dalam satu kolaborasi antara Noah dengan website, PizzaSlime.com, Noah turut menjual air matanya yang dipercayai terhasil setelah perpisahannya itu.

“Untuk harga RM49,566 orang ramai boleh mendapat air mata Noah Cyrus yang terhasil semasa dia berada dalam kesedihan.

“Bagaimanapun, tawaran ini hanya sah dalam masa 48 jam sahaja.

“Orang ramai tidak dinasihatkan untuk minum air mata tersebut memandangkan ia adalah masin dan sangat pelik jika seseorang minum air mata orang lain,” kata kenyataan di laman web tersebut.

Noah Cyrus Jual Air Mata Bernilai Sekitar RM50,000 Selepas Putus Cinta, Memang Rare!

IKLAN

Dalam pada itu, Noah juga turut mempromosikan produk air matanya itu di laman Instagram.

“Another person trash is another person’s treasure,” tulisnya.

IKLAN

Pasangan tersebut berpisah awal bulan ini namun masing-masing menuduh sesama sendiri curang yang menjadi punca perpisahan mereka. Malah, Xan juga mengatakan bahawa Noah menggunakan dirinya untuk menaikkan populariti dirinya dalam industri.

Mereka kemudiannya berbalas-balas memuat naik status di laman media sosial berterusan menyalahkan masing-masing.

IKLAN

Foto/Instagram: Noah Cyrus

Sumber: Enews!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI