Komposer, Ajai menegaskan dirinya akan tetap memberikan komitmen 100 peratus dalam menjalankan tugas selaku juri tetap program Big Stage 2022 meski kerap kali dihujani kecaman serta kata-kata kesat.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, dia mahu memanfaatkan peluang sebagai juri demi memastikan para pesertanya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai nyanyian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS🇲🇾 (@byajai)

“Fokus utama saya hanyalah kepada peserta Big Stage 2022. Melakukan tanggungjawab saya dan memastikan mereka semua faham tentang maksud ‘kerjaya’,” tulisnya.

Kata-kata tersebut dikongsikan penyanyi lagu Keliru itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

“No Worries… Saya Sentiasa Memaafkan,” – Terima Kecaman & Kata-Kata Kesat, Semangat Ajai Jadi Juri Di Big Stage 2022 Tak Luntur “No Worries… Saya Sentiasa Memaafkan,” – Terima Kecaman & Kata-Kata Kesat, Semangat Ajai Jadi Juri Di Big Stage 2022 Tak Luntur

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Ajai mendedahkan dia maafkan sesiapa sahaja yang telah menlontarkan kata-kata kesat kepada dirinya.

Malah, dia juga ingatkan para peserta untuk sentiasa memberikan yang terbaik di setiap persembahan mereka.

“Pada peminat-peminat mereka yang telah melontarkan kata-kata kesat pada saya, no worries saya faham. Saya sentiasa ‘Memaafkan’.

“Nasihat saya pada semua peserta, kena percaya pada bakat yang ada pada diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘Alang-Alang Menyeluk Pekasam, Biar Sampai Ke Pangkal Lengan’. ‘Kalau Takut Dilanda Ombak, Jangan Berumah Ditepi Pantai’.

IKLAN

“All the best untuk persembahan minggu ini. InsyaAllah,” kongsinya lagi.

“No Worries… Saya Sentiasa Memaafkan,” – Terima Kecaman & Kata-Kata Kesat, Semangat Ajai Jadi Juri Di Big Stage 2022 Tak Luntur “No Worries… Saya Sentiasa Memaafkan,” – Terima Kecaman & Kata-Kata Kesat, Semangat Ajai Jadi Juri Di Big Stage 2022 Tak Luntur

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritikan tindakan individu yang mengecam selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ajai.

IKLAN

Terdahulu, Ajai bergandingan bersama penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap program Big Stage 2022.

“No Worries… Saya Sentiasa Memaafkan,” – Terima Kecaman & Kata-Kata Kesat, Semangat Ajai Jadi Juri Di Big Stage 2022 Tak Luntur

Big Stage 2022 yang kini telah memasuki minggu ke-5 dihoskan oleh Sheery Al-Hadad dan Alif Sattar secara langsung pada setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ajai

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI