Kecoh di media sosial sekarang ini tentang isu pelancaran tudung Naelofar Hijab yang diasaskan oleh usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa yang diadakan di sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur tempoh hari.

Selaku pengacara pada majlis pelancaran tudung #BELOFABYNH, Daphne Iking telah menjelaskan situasi sebenar di majlis tersebut menerusi ruang komen terhadap salah satu postingnya di Instagram.

Menurut Daphne, dia berasa terpanggil untuk menjelaskan situasi tersebut kerana dia berada di sana dan katanya lagi, pihak Naelofar Hijab ada mencari tempat lain untuk majlis tersebut namun disebabkan bebeberapa faktor seperti bajet, logistik dan hal-hal praktikal, mereka merasakan kelab tersebut paling sesuai untuk majlis itu.

Ads

Tambahnya lagi, tiada sebarang alkohol, rokok malah dia berkata tiada juga terlihat sesiapa yang menghisap rokok elektronik atau ‘vape’ di majlis tersebut.

Ads

‘No Alcohol, No Smoking, No Vaping’ – Daphne Iking Jelaskan Situasi Sebenar Event #BELOFABYNH

Ads

MH harap dengan penjelasan daripada Daphne ini dapat membuat para netizen di luar sana lebih faham dan jelas dengan situasi sebenar.

Sumber: Instagram Daphne Iking

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI