Hasrat pelawak Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah untuk memiliki sebuah kediaman sempurna untuk dirinya sekeluarga akhirnya berjaya direalisasikan.
Bintang itu kini menanti untuk mendiami sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor yang kini sedang melalui beberapa proses penambahbaikan di peringat akhir.
Jelasnya, dia dan isteri menggunakan wang simpanan demi membeli kediaman berkenaan. Mereka dijangka berpindah selepas seminggu Hari Raya Aidiladha ini.
“ASB (Amanah Saham) semua ‘kering’ kau. Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan. Sekarang sedang proses ubahsuai.
“Rumah itu dibeli hasil wang simpanan saya dan orang rumah, termasuk empat buah motosikal saya dijual. Saya bukanlah beli ia secara tunai, masih berhutang dengan bank juga.
“InsyaAllah akan buat kenduri kecil-kecilan bila kami sekeluarga pindah nanti,” katanya kepada MH.
Achey sebelum ini ada berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah barunya di Instagram.
Terdahulu, Achey ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Sugar Bomb x Nabil Ahmad x Achey diadakan di Shah Alam, pada Rabu.
Jika Nabil memperkenalkan produk SugarBomb X LuPK yang juga produk pewangi kereta dan minyak wangi, Achey pula mempertaruhkan lima jenis bauan menerusi produk pewangi kereta iaitu SugarBomb X Achey Edition.
Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal memberitahu, dua bintang berkenaan dipilih atas dasar komitmen serta kerjasama yang baik daripada mereka yang berusaha membantu menaikkan jenama terbabit.
“Saya percaya pemilihan Nabil dan Achey bertepatan dengan misi SugarBomb untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan ketika berdepan dengan penularan COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Seperti yang diketahui, ramai kehilangan kerja dalam tempoh ini, jadi kami ingin membantu mereka. Kami mencari ejen jualan untuk produk SugarBomb ini,” katanya.
SugarBomb Worldwide Sdn Bhd beroperasi sebagai syarikat yang menghasilkan pelbagai produk minyak wangi dan pewangi kereta.
Sejak mula beroperasi sejak 2017, SugarBomb setakat ini mengeluarkan 40 jenis produk minyak wangi dan 25 jenis bauan pewangi kereta.
Personaliti media sosial yang kreatif, Sofyank berkongsi berita mendukacitakan apabila memaklumkan bapanya, Abdullah Mohamed telah pergi mengadap Illahi.
Perkongsian tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap, Mohamad Sofian Abdullah ini menerusi satu hantaran di Twitter pada jam 8.42 malam pada Khamis.
Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan Masjid Al Amin, Wakaf Bharu, Kelantan.
Minta sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah sy yang baru kembali ke rahmatullah hari ini.. Abdullah bin Mohamed. Al fatihah ( dibaca ) pic.twitter.com/jlnesTEKyP
“Minta sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah sy yang baru kembali ke rahmatullah hari ini. Abdullah bin Mohamed. Al fatihah (dibaca).
“Untuk makluman, jenazah Ayahnda akan di solatkan di Masjid Wakaf Bharu selepas Solat Isya’ mlm ini dan di simpan di tanah perkuburan bersebelahan Masjid Al Amin, Wakaf Bharu.
“Jemput hadir bagi yang berkesempatan. Al fatihah (dibaca),” tulisnya.
Serentak dengan itu, wargamaya termasuk rakan selebriti menerusi ruangan komen di Instagram pula menzahirkan ucapan takziah buat Sofyank seisi keluarga serta mendoakan agar roh arwah bapanya dicucuri rahmat.
Sofyank sebelum ini pernah mencuri tumpuan pencinta grafik di negara ini apabila berpeluang bertemu dan isi masa bersama idolanya, Zach King tahun lalu atas jemputan King sendiri di Indonesia.
King merupakan pakar manipulasi video terkenal antarabangsa.
Malah kreativitinya itu turut menarik perhatian bintang Hollywood, Will Smith apabila video yang disunting olehnya dimuat naik semula (repost) oleh aktor berkenaan di Instagram.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Entri Instagram penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang mendedahkan wajah anak keduanya menarik perhatian ramai.
Malah, isteri kepada Aliff Aziz itu turut mengumumkan nama ‘baby girl’ yang baru dilahirkan, Ara Adreanna.
Bayi comel itu dilahirkan pada 18 Julai lalu. Aliff yang berada di Singapura bagaimanapun tiada dalam rakaman foto berkenaan berikutan situasi semasa dunia yang berlaku.
Sedondon mengenakan baju rona hijau cair yang turut dirakam bersama anak pertamanya, Ayden Adrian, Bella turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahitkan baju buat puteri kecilnya malam sebelum sesi fotografi terbabit.
“So precious and small. Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna (mini me). Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah.
“P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot. Mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, entri yang sudah mendapat tanda suka lebih 120,000 itu dibanjiri komen dari peminat dan rakan selebriti yang rata-ratanya memuji seri ibu serta anak yang baru saja lahir.
Malah, ada komen yang ditinggalkan itu mendapat reaksi dari Bella sendiri.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sebelum ini mereka dikurniakan seorang anak, Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun.
Rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.