“Nikah 19 Januari 2019, Baby Girl Keluar Pada 20 Februari 2020,” – Syida Melvin Selamat Bersalin, Kongsi Nama Anak Sulung

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga adik kepada Syatilla Melvin, Syida yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 20 Februari lalu.

Berkongsi berita gembira dan penuh syukur itu menerusi Instagram, Syida atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin,23, ini menjelaskan, puterinya itu dilahirkan dengan berat 3.47 kilogram tepat jam 3.56 petang.

Dia yang kini turut bergelar usahawan itu juga turut berkongsi nama anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, MashaAllah MashaAllah. Terima kasih pada yang mendoakan.

“Alhamdulillah Cda dah selamat lahirkan Baby Girl, Safa Safeera 3.47kg @ 3:56pm 20/02/2020.

“Kebetulan sangat-sangat yang due date Safeera memang harini, date santekkk hehe!

“Ibu & daddy nikah 19.1.19, babygirl keluar at 20.2.20.

“Syukur Alhamdulillah Ya Allah,” tulisnya yang turut merancang untuk berkongsi cerita mengenai proses bersalin bersama para pengikutnya di media sosial.

Untuk rekod, Syida dan suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 31, yang juga anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid mendirikan rumah tangga pada 19 Januari tahun lalu di Pulau Pinang.

Foto: Instagram Syida Melvin

IKLAN