Nicole Scherzinger Pussycat Dolls Beli KFC Di Johor Bahru

Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga tidak tahu tentang kehadiran penyanyi terkenal bekas vokalis utama Pussycat Dolls Nicole Scherzinger ke Malaysia baru-baru ini.

Honored to bring ?and share my voice at The Royal Palace tonight.

A post shared by Nicole Scherzinger (@nicolescherzy) on

Perkongsiannya ini telah mendapat perhatian netizen terutamanya dari Malaysia.

Bekas juri XFactor ini juga telah membuatkan ramai yang terpukau dengan pakaiannya yang cukup elegan.

IKLAN

Malah apa yang lebih menarik, tindakan penyanyi berasal dari Honolulu, Hawaii yang berkongsi beberapa buah video pendek di Insta Stories sedang sibuk membeli makanan di KFC yang menjadi bualan hangat oleh netizen.

Walaupun dikenali sebagai selebriti bertaraf Antarabangsa namun Nicole kelihatan sangat bersahaja dan tidak kekok untuk membeli makanan secara terbuka.

Nicole turut mengucapkan terima kasih pada polis yang mengiringinya dalam bahasa Melayu.

Rata-rata netizen memuji cara Nicole yang rendah diri dan langsung tidak kisah menikmati makanan segera dan apatah lagi turun dan beli sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

IKLAN

Malah caranya menikmati ayam goreng tersebut juga membuatkan ramai netizen gembira dan teruja.

>INSERT KOMEN<

Haish, sudah lah cantik, pandai menyanyi malah down to earth lagi, apa pun MH Online harap Nicole dapat hargai setiap momen ketika berada di Malaysia dan jangan serik untuk ke sini semula.