Meski single ketiga Aman Aziz berjudul Sulit telah pun dilancarkan sejak Ogos tahun lalu, namun baru kini lagu tersebut menjadi perhatian ramai sekali gus menaikkan kembali keyakinan bekas naib juara program Akademi Fantasia 2014 ini untuk terus memberikan yang terbaik dalam kerjaya seninya.

Ditanya apakah yang membuatkan single tersebut mengambil masa agak lama untuk dikenali berbanding lagu daripada teman artis seangkatan, Aman mengakui pada fasa pelancarannya, dia sibuk memberi fokus terhadap lakonan sehingga menjejaskan perancangannya untuk mempromosikan lagu berkenaan.

“Pada pandangan saya, mungkin sebab tak sempat untuk promo kerana pada masa sama saya sedang sibuk jalani penggambaran untuk drama Awak Suka Saya Tak. Sekitar Oktober barulah saya ada peluang untuk membuat promosi terhadap Sulit. Dari situlah, sedikit demi sedikit lagu tersebut makin dikenali sejak awal tahun ini.

 

“Terima kasih juga kerana pihak pengurusan dan peminat yang sudah mulai request Sulit untuk dimainkan di corong-corong radio,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran pertandingan nyanyian anjuran radio Era baru-baru ini.

“Niatnya Nak Viral, Tapi Tak Menjadi,” – Jelas Aman Aziz Bila Imej Bermekap Untuk Sulit Macam ‘Kureng Menyengat’

IKLAN

Manyifatkan populariti yang diraih Sulit sebagai suatu rezeki, Aman mengakui dia tidak mahu mempertikaikan rezeki kerana nasib setiap individiu itu berbeza-beza.

“Saya tidak kisah kalau nak dikata rezeki cepat atau lambat kerana saya percaya pada rezeki dan tak nak pertikaikannya. Yang penting, kita kena tawakal dan usaha untuk realisasikan apa yang dicita-citakan,” akui Aman yang turut menambah, strateginya dengan mengenakan solekan ketika sesi pelancaran lagu berkenaan kurang menjadi.

 

“Sebenarnya, konsep tersebut hanyalah untuk sesi pelancarannya dan untuk muzik video lirik, kita tetap gunakan konsep sama. Niatnya untuk viral tapi tak menjadi. Meski tak menjadi, tapi lagu tu ‘menjadi’. Malah ada saya terima komen, abang ni ‘colour run’ ke,” seloroh Aman.

“Niatnya Nak Viral, Tapi Tak Menjadi,” – Jelas Aman Aziz Bila Imej Bermekap Untuk Sulit Macam ‘Kureng Menyengat’

IKLAN

Sementara itu ketika ditanya mengenai perancangan single terbaru, Aman mengakui masih belum merancang untuk melancarkan single terkini kerana mahu memberi peluang buat lagu ketikanya ini agar terus mendapat tempat di hati peminat muzik.

“Mahu kukuhkan dulu Sulit, kemudian barulah fikir single seterusnya. Cuma kalau boleh, saya mahu single keempat ini hadir dari komposer kegemaran iaitu Hael Husaini atau pun idola saya, Faizal Tahir. InsyaAllah…” Akhiri Aman kepada MH.

Sehingga ini, lagu ciptaan Asfan dan lirik oleh Fedtri Yahya & Asfan ini telah pun menerima hampir 1.3 juta tontonan di YouTube. All the best Aman!

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI