Baru- baru ini, MH dapat jemputan untuk menonton ‘ An Astro Original Series’ bertajuk DO[S]A. Dengar tajuk pun dah buat MH rasa teruja nak tahu cerita ini berkisah tentang apa.

‘Niat Tidak Menghalalkan Cara’ – 8 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton DO[S]A

Kalau korang nak tahu, cerita ini mengisahkan tentang empat beradik dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Latif (Datuk M. Nasir), dengan nilai-nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat, dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid), dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka dipelusuk paling sunyi Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat, berlatih ilmu persilatan hari demi hari. Seolah-olah bersiap-siaga untuk menghadapi sesuatu.

Rungutan mereka, terutama daripada Fara yang semakin memberontak langsung tidak diendahkan oleh bapa mereka.

Rutin harian yang memerlukan adik-beradik ini bertumbuk, bertendang dan berhayun parang sesama sendiri akhirnya turut mewujudkan ketegangan di antara mereka di luar gelanggang.

Dalam pada itu, terdapat juga konflik lain di dalam cerita ini melibatkan Fara dan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), sehingga membuatkan Fara diculik.

Selain itu, usaha abang-abang Fara dan Arian untuk menyelamatkannya membongkar asal-usul keluarga mereka.

Baiklah, kat sini MH juga nak kongsi 8 sebab kenapa korang wajib tonton naskhah ini.

‘Niat Tidak Menghalalkan Cara’ – 8 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton DO[S]A

IKLAN

1. DO[S]A- Projek Kolaborasi Mega Malaysia, Indonesia.

Buat julung kalinya, Astro menampilkan sebuah siri mini Nusantara premium eksklusif berjudul DO[S]A di platform digital, ‘on demand’ dan Astro GO, serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First saluran 480 dan di platform NJOI.

DO[S]A merupakan naskhah Nusantara pertama di bawah slot ‘An Astro Original Series’ dan bakal bersiaran mulai 14 Februari ini. Dengan hanya RM 19.10 (termasuk 6% GST), penonton boleh menikmati kesemua lapan episod (berdurasi satu jam untuk setiap episod) dengan berulang kali dalam tempoh 10 hari dari waktu pembelian.

2. Gandingan dua karyawan hebat

DO[S]A merupakan naskhah asal dua orang karyawan hebat, gandingan Malaysia dan Indonesia, saudara Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo, yang turut bertindak sebagai Penulis Skrip. Salman, satu nama yang cukup disegani di Indonesia merupakan penulis skrip untuk karya-karya pecah panggung seperti ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Laskar Pelangi’, ‘Garuda di Dadaku’ dan ‘Sang Penari’.

Istimewanya lagi, siri original ini turut mendapat sentuhan daripada Pengarah Terbaik Festival Filem Indonesia 2011 iaitu Ifa Isfansyah. Ifa Isfansyah yang merupakan seorang sutradara yang begitu disegani ramai di Indonesia, mula

DO[S]A turut menggunakan khidmat Pengarah Fotografi terkenal, Yadi Sugandi yang sebelum ini telah melahirkan stail visual yang cukup memukau untuk karya-karya seperti ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’, ‘Laskar Pelangi’, ‘Sang Penari’, ‘Darah Garuda’ dan banyak lagi.

IKLAN

‘Niat Tidak Menghalalkan Cara’ – 8 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton DO[S]A

3. Babak aksi yang ‘real’

Selain itu, ia turut menampilkan Cecep Arif Rahman sebagai Pengarah Koreografi adegan aksi untuk melatih dan mempersiapkan para pelakon dengan disiplin silat dan koreografi seni mempertahankan diri. Cecep sebelum ini dikenali menerusi filem Indonesia ‘The Raid: Berandal’.

4. Dibarisi pelakon hebat 3 buah negara

DO[S]A juga dibarisi pelakon-pelakon hebat gabungan tiga buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura bagi menggerakkan setiap watak dalam jalan cerita. Nama-nama yang terlibat adalah seperti Datuk M.Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya dari Indonesia, serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid dari Singapura.

‘Niat Tidak Menghalalkan Cara’ – 8 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton DO[S]A

IKLAN

5. ‘Niat tidak menghalalkan cara’

Siri original yang bergenre aksi ini berlatarkan lapan asas utama yang mendasari setiap episod; ‘Khianat’, ‘Tamak’, ‘Nafsu’, ‘Dengki’, ‘Derhaka’, ‘Fitnah’, ‘Munafik’ dan ‘Fitnah’. Kelapan-lapan ini memperkasakan slogan utama DO[S]A, “Niat Tidak Menghalalkan Cara”

6. Diselitkan dengan banyak mesej

DO[S]A sarat dengan babak-babak yang mendebarkan, aksi suspen dan ganas. Namun begitu, pada masa yang sama turut diapit dengan pergolakan emosi, pengorbanan, ikatan kekeluargaan serta bibit percintaan.

‘Niat Tidak Menghalalkan Cara’ – 8 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton DO[S]A

7. Penggambaran dilakukan di Indonesia dan Malaysia

Karya ini adalah kerjasama di antara Astro, Arie Zaharie Production dan Capitol Entertainment Production (produksi dari Indonesia).
Sesi penggambaran telah berlangsung selama 58 hari, dari bulan Julai 2017 sehingga September 2017. Lokasi penggambaran rata-ratanya dilaksanakan di Jakarta Timur dan Jakarta Barat, Indonesia (dengan anggaran 90% jumlah penggambaran) dan selebihnya di Malaysia termasuklah di lokasi-lokasi utama sekitar Kuala Lumpur, Kampung Baru, Klang and Putrajaya.

8. Bakal tembusi pasaran Indonesia

DO[S]A juga dijangka akan menembusi pasaran Indonesia menerusi platform OTT (Over-The- Top); Tribe Indonesia dan di saluran Astro Citra dalam waktu terdekat ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI