“Niat Nak Upload Buat Kenangan, Sekali…,” – Kena Kritik, Ini Respon Aeril Zafrel

Share

Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap insan yang bergelar ibu bapa untuk berkongsi pengalaman menghantar anak di hari pertama sesi persekolahan.

Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal misalnya turut berkongsi foto ketika menghantar anak-anak ke sekolah.

“1st day school. Ayah doakan kamu berdua menjadi anak yg soleh&solehah serta menjadi hafiz dan hafizah suatu hari nanti, amin,” tulisnya.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu meluahkan rasa apabila menerima kritikan netizen mengenai perkongsiannya itu di media sosial.

“Niat nak upload buat kenangan je, haha sekali ambik kau,” tulis Aeril lagi.

Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Cari Aku Di Syurga ini mendapat reaksi yang pelbagai peminat.

Sekadar informasi, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 dan Ayya Soffya yang dilahirkan 1 Disember lalu.

Foto: Twitter Aeril Zafrel

IKLAN