Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Cari Aku Di Syurga ini mendapat reaksi yang pelbagai peminat.
Ads
Sekadar informasi, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 dan Ayya Soffya yang dilahirkan 1 Disember lalu.
Foto: Twitter Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meraikan hari jadi isteri tecinta dengan memberi titipan istimewa, pelakon Saharul Ridzwan mengimbau memori menerusi perbualan telefon sebelum berkahwin.
Kongsinya, empat tahun lalu dia berusaha untuk menghubungi Qaabila Deena Emir untuk mengucapkan ‘happy birthday’ kepada kekasihnya itu.
“12 Januari 2016 : Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus reply!
“So saya terus call dia : “Awak dah kahwin?” “Belum” “Ada boyfriend?” “Tak ada” “Sy nak kahwin dengan awak”,” kongsinya.
Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga, Deena mendedahkan bahawa dia berdoa agar dipertemukan jodoh.
Ternyata, selepas berdoa, Saharul adalah jejaka yang menelefonnya dan mengucapkan hari jadi buatnya.
“Tapi ni lagi best. Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia.
“Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”. Lepas dia aminkan doa, sy yang call dia. Jodoh kan?
“Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak. @deenaemir,” tulisnya.
Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun, pada 29 Januari lalu.
Menariknya untuk tahun ini, suami tercinta, Y.M. Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj telah memberikan kejutan buat pemenang kedua Dewi Remaja 2015 ini dengan membawanya menikmati panorama alam dengan menaiki udara belon panas.
Mengisi masa berdua dengan penuh romantis di awangan, merpati dua sejoli ini turut berkongsikan beberapa foto sekitar sambutan, menerusi Instagram.
“BEST BIRTHDAY SURPRISE EVERRR!!!,” tulisnya ringkas pada salah satu pautan foto yang dimuat naik.
Bagi penonton setia drama tempatan, kalian sudah pasti pernah mengikuti drama bersiri 7 Hari Mencintaku, yang pernah mencipta fenomena tahun 2016 lalu.
Menariknya, drama ini bakal kembali menemui penonton untuk musim kedua tidak lama lagi.
Menerusi akaun Instagram aktres Wan Sharmila, dia ada memuat naik beberapa keping foto ketika menjalani pengambaraan drama berkenaan bersama pelakon Liza Abdullah.
“Macam2 gaya nak ingatkan dialog. Siapa ingat lagi watak Mak Leha dan Sofi? #7harimencintaiku2 #sofi #makleha,” tulisnya.
Terdahulu, drama 7 Hari Mencintaiku pernah ditayangkan di slot Akasia, TV3 dan telah menampilkan barisan pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifli, Faye Kusairi dan ramai lagi.
Sekadar informasi, drama hebat ini dijangka bakal menemui penonton pada bulan April tahun ini.
Foto: Instagram Wan Sharmila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.