“Niat Nak Pakai Tudung Sudah Lama,” – Tutup Aurat Pakai Hijab, Wan Sharmila Gembira Bila Ramai Yang Sayang

Share

Terdahulu, pelakon Wan Sharmila telah membuat keputusan mengenakan hijab, beberapa minggu lalu.

Akui Wan Sharmila atau lebih sinonim disapa Lala, dia membuat keputusan tersebut bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-38 tahun, 12 Oktober lalu.

Lalu, bintang kelahiran Johor Bahru ini ada berkongsi cerita kisah penghijrahannya bersama MH.

“Sebenarnya niat nak pakai tudung sudah ada lama, macam petunjuk pun dah ada.

“Kemudian kawan-kawan saya sendiri ada pernah beri nasihat untuk pakai tudung, tapi saya macam cuma dengar sahaja,” katanya.

Di samping itu, Sharmila turut meluahkan rasa syukur kerana peminat sentiasa memberi sokongan untuknya menjadi individu yang lebih baik.

“Syukur alhamdulillah peminat sangat memberi sokongan kepada saya apabila saya berhijab.

“Peminat saya tak pernah persoalkan kepada saya, eh kenapa you pakai tudung? Malah bila pakai tudung mereka sangat gembira untuk saya,” tambah Wan Sharmila lagi.

Semoga Sharmila terus kekal istiqamah dalam penampilan barunya, ayu sungguh!

Foto: Instagram Wan Sharmila

IKLAN