Pelakon dan pelawak Zizan Razak sering dikaitkan hubungan cinta dengan selebriti wanita cantik antaranya Emma Maembong dan terbaru, Mira Filzah.

Bagaimanapun, baik Zizan mahupun Mira, mereka masih sedang dalam proses mengenali isi hati masing-masing untuk ke peringakat yang lebih serius.

“Sebenarnya niat kahwin tu memang dah ada, tapi tu lah calon je belum ada.. Jodoh tu masih nampak macam samar-samar, bayang-bayang macam tu,” katanya kepada MH baru-baru ini.

Zizan ketika ditemui di majlis perasmian filem Polis Evo 2 baru-baru ini berkata, dia kini mahu memberi fokus kepada kariernya sebagai anak seni terlebih dahulu.

IKLAN

“Saya nak beri keutamaan sepenuhnya dulu dalam dunia hiburan ni sebab dari situlah saya nak kumpul duit untuk masa depan dan persediaan dari semua benda,” jelasnya lagi.

“Niat Kahwin Ada, Tapi Jodoh Tak Nampak,”- Jelas Zizan Razak Fasal Jodoh, Mohon Doa Yang Terbaik

IKLAN

“Ini (bidang lakonan) juga sebenarnya untuk persiapan kahwin jugak.. sebab lepas kahwin banyak duit nak pakai. So saya kena prepare semua benda tu dulu, Insyallah,” tambah anak jati negeri Terengganu itu.

IKLAN

Berusia 34 tahun, Zizan tidak mempunyai masalah untuk mendirikan rumahtangga pada lingkungan umur sedemikian.

“Soal jodoh tu semua tu urusan Allah, kan.. Jadi apa yang saya perlu buat hanya berusaha dan doa yang baik-baik je lah,” katanya tersenyum malu.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Zizan agar bertemu jodoh yang serasi dan saling mencintai antara satu sama lain.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI