Uncategorized

Kongsi Niat Bersedekah Bina Surau, Aliff Syukri Dikecam?

Share

Nama pengasas kosmetik terkenal ini, Datuk Aliff Syukri tak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa akan menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi isu lagunya yang telah mendapat banyak ‘dislike’ daripada orang ramai.

Baru-baru ini, Datuk Aliff ada berkongsi dengan pengikutnya di laman Instagram miliknya yang dia akan membina sebuah surau untuk kegunaan orang ramai di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Surau yang diberi nama Surau Aliff Al-Shahida itu katanya adalah antara 20 impiannya yang bakal terlaksana hujung bulan depan dengan nilai tanah sahaja RM6 juta. Wow! Mulia sungguh hati Datuk Aliff kan.

Menurut Datuk Aliff, perancangan ini sudah dirancang sejak tiga tahun yang lalu lagi. Katanya, bukan senang untuk membuat sesuatu yang melibatkan kerajaan, masyarakat dan beberapa pihak lain.

Katanya lagi, dia akui tidak percaya diusianya 30 tahun begini, impiannya sudah tercapai bermula hanya sekadar bermodalkan RM450 dengan berniaga di pasar tani.

Malangnya, ada juga komen yang Datuk Aliff terima yang mengecam dirinya yang hanya berniat untuk bersedekah.

Ada yang mendakwa Datuk Aliff bersifat riak dan menunjuk-nunjuk dengan menyebut nilai kos surau yang akan dibina.

Menyedihkan, ada individu cuba menjatuhkan maruah Datuk Aliff, dengan berkata Datuk Aliff, tidak mempedulikan ayah kandungnya dan adik-adik tirinya.

Komen itu turut mengundang perbalahan antara pengikut Datuk Aliff. Tidak tahan suaminya dikritik, Datin Shahida sendiri turut membalas kenyataan individu terbabit.

Bagaimanapun, ramai pengikutnya sangat mengagumi dengan sikap dermawan Datuk Aliff. Malah,perkongsian ini menjadikan inspirasi buat semua orang.

Apapun, MH cukup kagum dengan usaha Datuk Aliff dan isteri yang membina masa depan dengan usaha sendiri. Selain tak lupa untuk beramal jariah dengan kurniaan rezeki yang diperoleh.

IKLAN