“Ni Namanya Rezeki Suami Isteri,”- Kata Isteri Norman Hakim, Memey Suhaiza

Share

Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Pemilik nama lengkap Suhaiza Suhaimi ini ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya.

Kongsi ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, dia dan suaminya Norman Hakim telah menerima anugerah ‘100 Top Young CEO 2019’.

“Ni namanya rezeki suami isteri Susah senang bersama inshaAllah..Tq for everything love Tq @100tyc2019 #100tyc2019#topyoungceo2019 tq too pd semua yg doakan baik2 utk kami  .Dress @buttonmybuttons,” tulisnya.

Lantas, perkongsian pelakon berusia 33 tahun ini mendapat perhatian daripada peminat.

Dalam pada itu, peminat memberi ucapan tahniah kepada pasangan pelakon ini.

Untuk rekod, Memey sah bergelar isteri kepada pelakon Norman Hakim dengan sekali lafaz pada tahun 24 September 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim, 1.

Foto : Instagram Memey Suhaiza

IKLAN