Pelakon versatil, Fasha Sandha ada menitipkan ucapan selamat maju jaya buat suaminya, Aidil Aziz yang membuat persembahan bersama-sama kumpulan Otai di Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) pada Jumaat.
Menerusi minggu kedua persembahan, MLM 2021 menampilkan kesemua bintang beraksi bersama artis jemputan masing-masing.
“HIDUP YB. Berangan nak jadi KJ. Jangan marah yo @khairykj. Tqsm pada yg menonton & support MAHARAJALAWAK MEGA 2021.
“GOOD LUCK & ALL THE BEST. KUMPULAN OTAI #respeksikit,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 9 malam.
Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Dato’ AC Mizal kekal sebagai pengacara sembilan musim berturut-turut sementara menampilkan empat orang juri profesional iaitu Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh dan Uqasha Senrose serta juri istimewa ‘Sang Bara’.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berita mengenai pelakon Fizo Omar yang telah selamat menamatkan zaman dudanya pada Khamis menarik perhatian peminat.
Malah tak kurang yang mulai mencari identiti siapakah gerangan wanita cantik yang menjadi suri hati bintang kacak berkenaan.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Fazeera Nazri Azrai dari Sarawak dan difahamkan juga, Fazeera yang menggunakan panggilan mesra Faz pernah bertugas sebagai pramugari sebelum ini.
Malah menerusi akaun Instagram @fazeeranazriaz, turut dikongsikan momen indah saat bergelar raja sehari buat tatapan umum.
Meski akaun berkenaan baru sahaja memuat naik beberapa keping foto mereka kurang 24 jam lalu, namun jumlah pengikutnya kian bertambah dan sehingga artikel ini ditulis, ia sudah pun mempunyai hampir 50,000 ‘followers’.
Foto indah di hari bahagia mempelai yang mengenakan persalinan sedondon putih turut menerima ribuan tanda suka bersama titipan ucapan tahniah dari wargamaya.
“Congratulations, alhamdulillah. Bagai pinang dibelah dua. Till jannah,” tulis seorang peminat.
“Alhamdulillah tahniah. Moga bahagia hingga ke jannah,” ucap peminat lainnya.
“Alhamdulillah tahniah sis dan Abe Joe,” komen yang tertera.
“Akak cantik macam Cinderella,” puji seorang peminat.
“Alahai comelnya. Semoga bahagia hingga syurga,” titipan indah seorang peminat lain pula.
Terdahulu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 35, memuat naik foto memakai baju melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam dengan kapsyen seolah-olah memberi bayangan sudah selamat bergelar suami orang.,
Malah kapsyen yang ditulis juga menarik perhatian ramai.
“Ok abe Joe left group ‘recond’ dulu k. Pape roger k @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial,” tulis Fizo.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru untuk pasangan mempelai Fizo dan Fazeera.
Terbaru, Fizo yang turut sama memuat naik foto majlis turut memberikan peluang buat peminat untuk sama-sama tumpang gembira seterusnya menitipkan ucapan yang baik-baik.
Tahniah buat pasangan, sama cantik sama padan!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus dedikasi di dalam meneruskan misinya.
Terbaru jenama popular dalam dunia pembelajaran itu melancarkan telah kempen 2 Juta Bangkit Belajar dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Rabu.
Bertemakan ‘Berjuta Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama’, usaha pusat ilmiah itu dilihat sejajar dengan objektinya demi menggalakkan pelajar terus belajar walau dalam apa jua situasi termasuk mengharungi pandemik COVID-19.
Bagaimanapun inisiatif berkenaan terbuka kepada pelajar tingkatan satu hingga lima dan serentak dengan kempen tersebut, penyanyi remaja Iman Troye turut diumumkan sebagai duta pusat ilmiah berkenaan.
Berkongsi mengenai perlantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, mereka kini mempunyai dua orang duta.
“Kita kali pertama menggunakan khidmat dan pengaruh Mira Filzah sebagai duta. Seterusnya sejak awal tahun ini, anggota K-Clique, MK pula mengambil alih posisi itu.
“Sejak September lalu, Iman turut dipelawa sebagai duta selama setahun. Jadi sekarang kita ada dua duta, MK dan Iman,” katanya.
Cikgu Fana menambah, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.
“Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.
“Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya lagi.
Sementara itu, Cikgu Fana menjelaskan sasaran 2 juta pelajar dalam kempen terbabit diberi secara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan.
“Bermula 27 Oktober hingga 27 November depan, kita buka kuota belajar percuma dalam talian untuk 2 juta pelajar ini. Kita sedar ramai golongan ini terkesan akibat pandemik dan terus bangkit membiasakan fasa peralihan endemik.
“Mereka dari tingkatan satu hingga lima, boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara ‘live’ mengikut jadual yang ditetapkan.
“Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar. Lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi ‘trend’ dan tuntutan semasa saat ni,” katanya.
Ditanya kenapa membuka peluang kali ini kepada pelajar lain dan bukannya calon SPM, Cikgu Fana percaya usaha belajar awal itu tidak pernah menjadi satu kerugian.
“Sebab kita nampak lagi awal pelajar itu mulabelajar, makin mudah dan cepat untuk mereka ini menjadi cemerlang. Dengan rekod kejayaan membantu pelajar SPM, kita percaya PTTI boleh bantu lebih ramai lagi pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran.
“Misi kita sendiri mahu menawarkan pembelajaran yang konsisten menerusi teknik mudah untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam pembelajaran pelajar
“Kita menyeru semua pelajar mengambil peluang untuk skor dalam pembelajaran kerana mereka ini mampu untuk mendapat keputusan cemerlang,” katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah barisan pelajar cemerlang SPM2020 selain single terkini Iman yang berjudul Nang turut dilancarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir sekali lagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.
Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi antara...