“Ni Lah Keluarga Mertua Kakak Lina,” – Selepas Belanja Foto Sental Kuali Kenduri, Elly Mazlein Kongsi Foto Ipar Duai Pula

Share

Selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihan hati pada 18 Januari lalu, bintang versatil Elly Mazlein sekali lagi membuatkan para peminatnya teruja apabila berkongsi foto keluarga besarnya di belah pihak suami.

Menerusi Instagram, pelakon utama Kampung People itu gembira dan bersyukur kerana dirinya kini mempunyai famili besar.

“Ni lah keluarga Mertua kakak lina .. Ayah , Ma & Ipar Duai. Alhamdulillah kakak lina da ade kluarga besar yeayyyyyy. Alhamdulillah,” tulisnya.

Lalu, rata-rata peminatnya turut tumpang gembira dan mendoakan agar kebahagiaan penyanyi Bungaku Bawakali ini hingga ke jannah.

Terdahulu, Elly turut berkongsi beberapa fotonya saat diraikan pada majlis sambut menantu di kampung halaman suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh di Kuala Krai, Kelantan.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin dalam suasana penuh meriah Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Elly Mazlein

IKLAN