Uncategorized

“Ni Jungkook Ke Jungkek,”- Gara-Gara Kopi Limited Edition, Ernie Zakri Jumpa Ahli BTS Ke-8

Share

Penyanyi, Ernie Zakri ada memuat naik video Tiktok bersama rakan artis, Syamel.

Video tersebut memaparkan Ernie dan Syamel sedang berada di sebuah pasar raya untuk membeli kopi edisi khas kumpulan Kpop popular, BTS.

“Air kopi pun jadilah.

“Syamel ni Jungkook ke Jungkek?,” tulisnya.

Syamel dilihat berdiri sebaris dengan susunan kopi tersebut seolah-olah menjadi ahli kumpulan BTS yang ke-8

Tambah Ernie lagi, dia amat meminati seluruh ahli kumpulan tersebut namun menyifatkan harus memilih kopi yang mempunyai wajah Jin kerana seusia dengannya.

“Jin fer lyfe. (I stan everyone okay. Tak tahu pilih yang mana so I chose yang sebaya la lol),” kongsinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian video tersebut malah turut menyifat telatah Ernie dan Syamel itu sangat comel.

Sumber: Instagram Ernie Zakri

IKLAN