Nampaknya sejak video klip official Abang Nak Tegur 3.0 telah dimuat naik ke Youtube macam-macam reaksi yang diterima oleh akaun Youtube KRU Music.

Malah jika perasan, sebelum ini akaun terbabit meletakkan video klip tersebut sebagai video utama yang diberi highlight, namun disebabkan menerima jumlah dislike yang agak tinggi, malam semalam juga akaun ini telah menurunkan lagu tersebut dan mengantikan ia dengan lagu Abang Nak Tegur 2.0 di ruangan tersebut.

Dari pemerhatian MH, sambutan ANT 2.0 dan 3.0 memang sangat berbeza dan agak kontra.

IKLAN

Netizen Tetap Suka Video Klip Bilik Tidur, Abang Nak Tegur 2.0, Ini Beberapa Bukti Dan Fakta Orang Perlu Tahu!

Ini dia beberapa fakta yang membezakan ANT 2.0 dan 3.0 korang semua perlu tahu…

IKLAN
  1. ANT 2.0 mendapat sambutan yang sangat menggalakan apabila dalam masa sehari, video klip ini telah ditonton seramai 1 juta tontonan sehingga melonjak naik ke trending no 1 di Youtube.
  2. ANT 3.0 pula hanya mengumpul 330k jumlah tontonan dalam masa sehari. Bagaimanapun ia berjaya menduduki carta trending ke-2 di Youtube untuk minggu ini.
  3. Walaupun sudah 3 minggu di Youtube, ANT 2.0 mengumpul jumlah dislike hanya 30k jika dibandingkan dengan ANT 3.0 yang baru sahaja di muat naik kurang 24 jam menerima 54k dislike.
  4. 19k netizen yang menonton mengaku hanya like video ini kerana ada kemunculan Datin Shahida.
  5. Sejak ia dimuat naik ramai netizen mengadakan kempen dislike bukanlah kerana tidak suka lagu ini atau video klip ini sebaliknya hanya kerana rakan duet Aliff Syukri.Netizen Tetap Suka Video Klip Bilik Tidur, Abang Nak Tegur 2.0, Ini Beberapa Bukti Dan Fakta Orang Perlu Tahu! Netizen Tetap Suka Video Klip Bilik Tidur, Abang Nak Tegur 2.0, Ini Beberapa Bukti Dan Fakta Orang Perlu Tahu!
  6. Ramai meminta Aliff Syukri untuk mengekalkan video klip bilik tidur atau ANT 2.0 kerana mereka lebih suka melihat keserasian di antara Aliff dan isterinya.

Apapun MH tetap puji kesungguhan ketiga-tiga termasuk krew KRU kerana bersungguh-sungguh dan berjaya menghasilkan video klip yang superb cantik ini! Bagi kami segala penat lelah mereka memang terbayar apabila tidak kurang juga orang yang memuji.

 

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI