Baru-baru ini, satu perkongsian pelakon dan usahawan Faezah Elai di laman media sosial Instagram milikinya telah menjadi perhatian wargamaya.
Ia selepas wajah pelakon berusia 39 tahun itu didakwa kelihatan berbeza berbanding sebelumnya dan ada yang bertanya di ruangan komen.
“Awat cek tengok muka hampa cm lain…tepi hidung pipi tu lain macam, cek suka muka hat lama nampak.lawa,” tanya seorang netizen.
“aa sy tgok pun lain..lainmacam,” tulis lagi seorang peminat.
Ads
“knape muka u nampak bengkak2 .. @faezahelai ..i suka tengok u mcam sblom ni.. Cantik sgat,” tulis lagi seorang warganet.
Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai dilihat memberikan respon mengenai perkara tersebut di ruangan yang sama.
Ads
Menurut Faezah, dia kini sedang mengalami alahan ubat dan telah memberikan kesan terhadap perubahan di wajahnya.
“kami pi buat plastic surgery bg nampak mcm jessica alba Kan dh habaq hari tu.. mata bengkak ampa.. allergic reaction..
“tk dak lain aihh.. tang mata ja bengkak.. hidung semua sama.. hidup cheq dh tinggi mcm komtar.. tk payah pi buat dh.. mata bengkak so dia tertarik pipi tu,” tulisnya.
Pelawak Tauke menegaskan dirinya tidak terbabit, sekaligus menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat.
“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.
“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya seperti yang dipetik.
Tidak mampu menutup mulut orang, Tauke menjelaskan meski namanya antara yang ‘dipetik’ sesetengah netizen, namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu.
“Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini. Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.
“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” katanya lagi.
Sementara itu, isteri Tauke, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit, sebaliknya berada di sisinya ketika ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak terkenal telah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.
Dalam serbuan kira-kirajam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.
Sejak berita tersebut disiarkan, nama Tauke antara pelawak yang disebut-sebut warganet.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Aeril Zafrel merakamkan ucapan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak keduanya, Hayla Adzkita yang kini telah pun mencecah usia enam tahun.
Menurut Aeril, kehadiran Hayla di dalam hidupnya telah pun menjadi pemangkin semangat buat dirinya bagi membentuk sebuah keluarga yang sentiasa diredai oleh Allah SWT.
“Bismillah, ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah : HAYLA ADZKIYA di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.
“Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.
“Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, 7 Petala Cinta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Suami kepada pelakon, Wawa Zainal ini turut menambah, dia juga ingin memohon maaf sekiranya selepas ini dia akan menjadi semakin tegas lebih-lebih lagi apabila anaknya itu bakal memasuki ke alam remaja.
“Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia REMAJA ; ayah akan sedikit tegas dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. insyaALLAH.
“Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan TIDAK REDHA jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dipanggang’ dengan jilatan api neraka (Na’uzubillah).
“Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. insyaALLAH selamanya Hayla kan ‘ terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Aeril turut berharap agar satu hari nanti anaknya itu dapat membanggakan dirinya dengan menjadi seorang wanita yang solehah.
“Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi…dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.
“Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang … Hayla Adzkiya!,” akhirinya.
Sekadar informasi, Aeril dan Wawa telah pun mendirikan rumah tangga pada 2013z
Selain Hayla, pasangan ini turut memiliki dua orang lagi cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, dan Aya Soffya, 9 bulan.
Sumber: Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...