“Happy birthday Aril Razali. Alhamdulillah hadiah cahaya mata. Kepada Ira, Alhamdulillah dapat lagi satu. Semoga bayi ini akan sentiasa sihat-sihat selalu,” kongsi pengacara, Abdul Muaz.
Sebelum ini, Ira memaklumkan dia dan suami memutuskan untuk tidak memeriksa jantina bayi dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Sekadar informasi, Ira dan Shazril mendirikan rumah tangga pada 2011 dan telah terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki Mohamad Saif Zairil, Mohamad Sufi Zuhair dan Mohamad Safi Zaahir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ira Mohd Amin.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Datuk Sheila Majid mendedahkan antara sebab dia mengadakan konsert berskala besar adalah untuk berkongsi ilmu dan medidik orang ramai untuk lebih menghargai para pemuzik.
Menurut Sheila, para pemuzik ini merupakan golongan profesional yang turut menjadi penyumbang besar terhadap kejayaan industri seni tanah air.
“Saya tak berapa gemar bila ada yang memanggil pemuzik-pemuzik ini sebagai boy band. Mereka adalah ahli muzik. Jangan sesuka hati panggil sebegitu.
“Mereka mempunyai kemahiran dan juga merupakan pekerja profesional. Tak semua orang punyai bakat seperti mereka. Jadi, jangan pandang rendah.
“Untuk mengadakan satu persembahan yang bagus, kita perlukan satu pasukan. Bukan setakat penyanyi yang di hadapan sahaja.
“Bagilah pemuzik-pemuzik yang bertungkus lumus di belakang itu lebih penghargaan. Kita perlukan mereka untuk bermain muzik untuk kita,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sinaran ini turut berharap agar semua pihak dapat mengubah perspektif mereka dan lebih menunjukkan rasa hormat terhadap para pemuzik selepas berakhir konsertnya nanti.
“Kadang-kadang, saya lihat pemuzik ini tak diendahkan langsung. Tegur pun tidak. Kebajikan mereka pun tak diberikan perhatian. Bila bab makan, mereka terpaksa duduk di tepi-tepi ceruk dan makan nasi bungkus.
“Jadi, kita kena buka mata semua pihak yang pemuzik ini juga merupakan golongan profesional yang turut membuat persembahan di atas pentas.
“Mereka juga perlukan makanan yang bagus dan tempat rehat yang elok. Jangan main campak mereka dekat tepi sahaja. Segalanya bermula daripada kita (artis) untuk mendidik orang ramai,” ujarnya lagi.
Sheila berkata sedemikian ketika ditemui
pada majlis sidang media konsert Shila Majid Big Band yang diadakan baru-baru ini.
Jelas Sheila lagi, selain daripada artis, pihak stesen televisyen juga turut mempunyai peranan yang sama untuk mengangkat martabat ahli muzik agar mereka sentiasa dipandang tinggi.
“Kadang-kadang saya agak sedih bila sesetengah program televisyen tidak menyediakan kemudahan yang baik untuk pemuzik. Baju pun tiada tempat nak salin.
“Pihak stesen tv menjual program dan mengaut keuntungan daripada kemahiran mereka. Bagilah layanan yang lebih baik kepada mereka. Aksi dan penampilan mereka yang membuatkan program anda meletup,” akhirinya.
Konsert ini akan membabitkan 13 pemuzik, 13 ‘horn players’, tiga penyanyi latar dan selebihnya adalah rhythm section dengan penyusunan lagu-lagu yang lebih segar.
Tiket Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 dijual daripada harga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kumpulan Sans Therapeutics Berhad secara rasmi mengumumkan pengambilalihan X-Beauty & Aesthetic, pada majlis menandatangani perjanjian di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sans Therapeutics Berhad, Dr Tan San Chin, turut mengumumkan penambahan perkhidmatan Sans Aesthetic Wellness, yang memfokuskan kepada estetika dan ‘keindahan kesejahteraan’.
Malah selepas pengambilalihan itu, X-Beauty & Aesthetic secara rasmi akan dinamakan semula sebagai Sans Aesthetic Wellness dan turut mengambil alih enam cawangannya yang terletak di Kota Damansara, Sri Petaling, Cheras, Puchong dan Nusa Bestari, Skudai.
Berikutan itu, pelanggan sedia ada yang ingin mendapatkan rawatan di cawangan Uptown Damansara, akan berpindah ke cawangan Kota Damansara.
“Kepada semua bekas ahli X-Beauty & Aesthetica, kami di Sans Aesthetic Wellness berjanji akan meneruskan perkhidmatan seperti sebelumnya kepada pelanggan.
“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dari segi sosial, kami optimis untuk terus mengekalkan integriti dan tanggungjawab agar menjadi penanda aras dalam industri rawatan kecantikan serta terus mengutamakan keselesaan pelanggan,” katanya.
Dr Tan San Chin pada masa sama mengharapkan agar pelanggan terus memberi kepercayaan kepada syarikat dalam urusan penyelesaian peralihan ini dan sentiasa memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
“Kepada mereka yang masih menjalani rawatan berterusan dengan X-Beauty & Aesthetic, beliau menggalakkan mereka mendaftar di cawangan terbabit dengan membawa resit asal bagi mendapatkan rundingan secara personal.
“Sementara itu, kami juga mencari rakan kongsi perniagaan menerusi sistem francais untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan ini di mana kami merancang untuk membuka lima lagi cawangan kedai.
“Syarikat juga merancang untuk mengadakan penyenaraian awam dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif X-Beauty & Aesthetic, Datuk Jess, iaitu wakil dalam perjanjian peralihan itu, berkata, syarikat sedang melakukan penstrukturan semula organisasi selepas berhadapan dengan wabak Covid-19, dua tahun lalu.
“Saya yakin Sans Therapeutics Berhad adalah kumpulan korporat yang memiliki reputasi dan berkemampuan menawarkan produk berkualiti serta perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
“Sekali gus pelanggan yakin mengenai pertumbuhan dan prospek kumpulan,” katanya.
Sans Aesthetic Wellness turut melancarkan Lab Series, iaitu set baharu produk penjagaan kulit sehenti.
Siri Lab ini diperbuat daripada bahan semula jadi yang dibangunkan oleh pasukan yang mempunyai lebih 30 tahun kepakaran dalam menghasilkan produk penjagaan kulit menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Ia dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk merawat kulit yang bermasalah agar sihat semula.
“Kalau boleh kami mahu orang kalau bercakap mengenai kecantikan, akan ingat kepada kami. Sebab itulah bermula dengan pelancaran ini, kami giat untuk terus mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua, tidak mengira budaya.
“Meski cabaran mendatang menjadi lebih sukar dengan situasi semasa, namun kami percaya servis dan kualiti terbaik yang diberikan kepada pelanggan menjadi survival kami secara langsung” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.