Netizen ‘Speku’ Amelia Henderson Berani Tayang Dada? Jangan Salah Faham, Ia Rupa-Rupanya…

Share

Bintang cantik, Amelia Henderson sinonim sebagai antara bintang yang cukup bergaya dan yakin dalam mengenakan persalinan memukau, meski ada di antaranya mendapat reaksi pelbagai dari netizen.

Baru-baru ini misalnya, penampilan hos program Dewi Remaja 2019 ini kembali menjadi buah mulut kerana didakwa mengenakan persalinan seksi yang seakan-akan terdedah di bahagian dadanya.

Berkongsi foto di Instagram menerusi kemas kininya yang terbaru itu, entri berkenaan mendapat banyak respon.

Bagaimanapun jangan salah faham sebab sekiranya diamati, ruang di bahagian dadanya itu mempunyai lapisan dalam rona ‘nude’, sekali gus ia menampakkan ilusi seperti kulit sebenar.

Malah, ada netizen yang perasan lalu memberikan pandangan mereka. Pada masa sama, ada juga yang menasihatkan agar Amelia mengenakan ‘inner’ rona yang gelap untuk lebih selamat seterusnya bagi elakkan salah faham.

Foto: Instagram  Amelia Henderson

IKLAN