Terdahulu, kita dikejutkan sekali lagi dengan berita Benjy yang telah dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah jenis methaphetamine.

Benjy turut dikenakan denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) atas kesalahan itu.

Ekoran itu, adik perempuan Benjy, Elza Irdalynna telah menulis perasaannya secara terbuka di Twitter apabila abang kesayangan telah dipenjara di luar negara.

Menurutnya, dia tetap menyayangi abangnya itu walaupun Benjy telah melakukan kesalahan dan sebagai adik dia tidak menghukumnya kerana perbuatan itu.

IKLAN

Manakan tidak, Benjy tetap darah dagingnya. Bak kata pepatah air yang dicincang tak akan putus.

IKLAN

 

“Saya tidak menghukum Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalahannya. Saya sayangkannya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya.

 

“Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebus kesalahannya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya,” tulis Elza.

Selain itu, Elza juga berkata Benjy banyak berkorban demi menjaganya dan adik mereka, Inessa ketika mereka masih kecil.

IKLAN

Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Adik Benjy

“Dia adalah abang yang menjaga saya dan adik ketika ibu bapa kami keluar bekerja. Sejak kecil dia sentiasa menjadi ketua keluarga dan berkorban masa bersama rakan-rakannya demi menjaga kami.

 

“Ben, untuk semua kelemahan dan keputusan yang salah, tetap abang saya. Dia mempertahankan apabila saya memerlukannya, dia adalah pelindung adik-adiknya.

 

“Saya rasa lebih berani apabila tahu dia adalah abang saya. Ben, untuk kesalahannya, dia tetap ahli keluarga saya.

 

“Tidak kira berapa tahun, bukan 14 atau 11. Ia tidak akan memisahkan ikatan kami adik-beradik,” katanya lagi.

Allahyarham Azean Irdawaty telah meninggal dunia akibat barah dan meninggalkan tiga orang anak iaitu Khaeryll Benjamin Ibrahim, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Adik Benjy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI