Netizen Puji Amir Raja Lawak Tak Pernah Mengeluh Tiada Job; “Pernah Dia Sedekah Hari Jumaat, Air Jagung Berbotol-Botol.”

Share

Kesungguhan pelawak Amir Raja Lawak dalam mencari rezeki dengan menjual air jagung menerima pujian netizen.

Menurut satu ciapan yang dikongsikan pengguna laman sosial Twitter, @akeemsharyzal, dia mengulang ciap sebuah twit yang memuji sikap pelawak berusia 33 tahun itu dalam mencari mata pencarian untuk menampung kehidupan.

“Contoh artis terbaik dalam mencari rezeki, tidak pernah mengeluh ketika tiada job dan tidak merasa malu berniaga di jalanan. 

Tahniah Amir Raja Lawak.

“Aku pun macam tiba-tiba nak share dekat Twitter aku, sebab aku tahu struggle nak meniaga tu macam mana, semoga murah rezeki,” tulisnya.

Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 32, mula meniaga dengan membuka gerai menjual air jagung secara kecil-kecilan dengan jenama, Air Jagung Amirreka di Prima Saujana, Kajang sejak tahun lalu sebagai mata pencarian tambahan buat menyara kehidupan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan menyifatkan Amir seorang selebriti yang tidak pernah mengeluh, sebaliknya rajin berusaha sendiri untuk kelangsungan hidup.

“Baguslah, hidup tak perlu mengeluh.  Setiap manusia ada jalan rezekinya, teruskan semangat berniaga Amir.

“He’s a kind person sebab pernah bantu buat review untuk produk saya dulu, semoga Allah rahmati dia.

“Pelawak legend ni, semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

“Dia ni seorang yang pemurah, ada pernah dia sedekah hari jumaat, air jagung berbotol-botol,” komen sebahagian netizen.

Sekadar informasi, Amir memulakan langkah dalam bidang seni sejak tahun 2009 selepas menyertai program realiti Raja Lawak terbitan Astro.

 

Foto: Instagram Amir Raja Lawak

IKLAN