Netizen Persoal Aksi Mesra Dengan Idris Khan, “Tunang Tahu Saya Tak Buat Benda Bodoh Belakang Dia.” Tegas Intan Najuwa!

Share

Meski ada yang gembira tak kurang yang terus berkata tidak baik terhadap pelakon, Intan Najuwa yang baru sahaja bergelar tunangan orang baru-baru ini.

Kisahnya, bintang kecil molek itu mendapat kritikan hingga ada yang labelnya ‘pisau cukur’ oleh netizen gara-gara bertunang dengan seorang usahawan.

Lalu menerusi posting di Instagram Intan yang berkongsi gambar mesra bersama pelakon, Idris Khan menerusi gandingan dalam drama Tuan Danial pula, netizen pantas memberikan reaksi.

Foto berkenaan merakamkan Idris mengangkat dari belakang pelakon wanita itu.

Lantas, Intan membalas komen tersebut dengan pendapatnya sendiri.

Di sisi lain pula, ada juga netizen yang mempersoalkan mengenai perasaan tunangnya itu.

Lalu, dibalas Intan ringkas.

Foto tersebut dimuat naik adalah bertujuan untuk mempromosikan drama gandingan mereka bersama menerusi drama Tuan Danial.

Terdahulu, Intan, dan Razrul mengadakan majlis pertunangan di Hotel Thistle, Johor Bahru pada 19 Ogos lalu.

Foto : Instagram Intan Najuwa

IKLAN