Di zaman yang maju dengan kemudahan internet dan gajet yang semakin canggih sekarang ini membuatkan netizen lebih dekat dengan selebriti yang mereka minat tidak kira dalam atau luar negara.
Hanya menggunakan media sosial sahaja mereka dapat berinteraksi dengan artis kesayangan mereka.
Namun begitu, medium media sosial ini juga adakalanya digunakan oleh netizen untuk melemparkan kecaman dan tidak dapat dinafikan golongan selebriti yang selalu menjadi mangsa kecaman netizen kerana setiap gerak geri mereka sentiasa menjadi perhatian ramai.
Pelakon, Lana Nodin baru-baru ini telah memuat naik satu video di akaun Instagramnya yang merakamkan suami dan anaknya.
Di ruang komen video itu pula, terdapat seorang individu telah memberi komen dengan mengatakan dia ternampak tatu di lengan suami Lana.
Nampaknya komen yang diberikan oleh individu terbabit mendapat respon daripada Lana.
Seperti ramai yang sudah sedia maklum, suami kepada Lana, David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie pada asalnya bukan beragama Islam dan telah memeluk agama Islam sebelum mereka berkahwin pada tahun 2015.
Sumber: Instagram Lana Nodin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI