Buat pertama kalinya, dua artist besar tanah air iaitu SonaOne dan Zizan Razak telah bergabung untuk berkolaborasi dalam single terbaru berjudul ‘Chentaku’.

Netizen Kutuk Rap Bahasa Melayu SonaOne

Namun, penyanyi hip hop, SonaOne telah menerima kritikan sesetengah netizen yang berganggapan dia tidak layak menyanyi atau rap menggunakan bahasa Melayu.

SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafee, 28, berkata dia tidak biasa berkomunikasi dalam bahasa Melayu oleh kerana dibesarkan di Perancis selama 18 tahun.

Tambah SonaOne dia juga akan terus belajar dan tidak akan sesekali berputus asa untuk menyanyi dalam bahasa Melayu.

IKLAN

“Sebutan bahasa Melayu saya tidak sebaik bahasa Inggeris kerana saya baru belajar bercakap bahasa Melayu ketika usia 18 tahun,” jelasnya.

Menceritakan mengenai lagu Kau Chentaku,ianya sebenarnya sudah lama dicipta bersama Zizan, sekitar tahun lepas.

“Lagu itu sebenarnya sudah lama saya cipta bersama Zizan, rasanya sekitar tahun lepas.

 

“Namun beberapa bulan lalu selepas kami berjumpa semula dalam sebuah acara baru teringatkan lagu itu.

 

“Jadi, kami masuk semula studio untuk merakamkan semula lagu Kau Chentaku itu,” katanya.

Sebenarnya gabungan yang mantap ini pastinya akan menarik ramai pendengar untuk mendengar lagu yang mempunyai rentak ‘fresh’ dan up beat ini bersesuaian dengan aliran masa kini.

IKLAN

Lagu ‘Chentaku’ ini menceritakan seorang jejaka yang jatuh cinta pada pandangan pertama dan cuba untuk mengenali gadis ini.

Namun cinta itu hanya dari jauh dan apabila bertemu buat pertama kali perasaan malu itu menguasai diri masing-masing.

IKLAN

‘Chentaku’ ini merupakan sebuah lagu hasil ciptaan oleh SonaOne, manakala Joe Flizzow selaku eksekutif produser dan lirik pula oleh Joe Flizzow dan Zizan sendiri.

Sejak dimuat naik di Youtube pada 18 Mei lalu, lirik video lagu itu sudah ditonton lebih 1.8 juta tontonan.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI