Baru-baru ini pelakon cantik, Vanidah Imran ada berkongsi gambar dirinya dan suami, Rashidi Ishak di akaun Instagramnya dengan kapsyen ucapan hari jadi buat suami tercinta.

“Happy birthday to the man who never stopped me from believing in my dreams and more importantly, taught me how to live my dreams. ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤ . 24.10.17 #blessed #godgavemeyou,” tulis Vanidah.

A post shared by Vanidah Imran (@vanidah_imran) on

Rata-rata peminat kepada pasangan suami isteri ini juga turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat hari jadi buat Rashidi.

Namun begitu dalam pada yang memberi ucapan juga kata-kata doa buat suami kepada pelakon wanita ini, ada seorang individu telah meninggalkan komen dengan bertanya bila Vanidah mahu berhijab.

IKLAN

Komen yang diberikan oleh individu berkenaan nampaknya mendapat perhatian Vanidah dan juga suaminya.

Netizen Komen Gambar Vanidah Imran, Tanya Bila Nak Berhijab

Pasangan suami isteri ini tidak cepat melatah dengan komen yang diberikan oleh individu tersebut malah menjawab dengan ayat yang penuh dengan kesantunan.

IKLAN

Dalam pada itu ada juga peminat Vanidah dan Rashidi yang memuji cara pasangan ini membalas komen individu tersebut.

errahbonasera: @muhammadzulkaftain encik menegur selebriti tentang aurat secara terbuka. Jangan lupa check balik gambar yang anda muatnaik pada 26 Jun lepas, ada mak cik yang tak tutup kakinya. Kaki juga aurat bukan? Kenapa upload? Sebelum kita secara terbukanya menegur orang, pastikan kita cukup sempurna atau tak. I have full respect on you two Mr and Mrs Ishak. Your reply sangat classy and very polite! Semoga terus berjaya dalam bidang seni. ?

IKLAN

Sikap yang dimiliki pasangan ini selayaknya diberi pujian dan dijadikan contoh buat selebriti diluar sana untuk tidak cepat melatah dengan komen-komen negatif.

Apapun kami di MH Online juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari jadi buat Rashidi dan semoga kalian berdua terus bahagia hingga ke syurga.

Sumber: Instagram Vanidah Imran

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI