Anda kenali pelakon jelita Hannah Delisha? Sebenarnya Hannah delisha seorang aktres cantik kelahiran Singapura yang kini mula menempa nama dalam dunia lakonan di Malaysia.

 

Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha

Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha

Delisha juga mula menyanyi secara profesional di Malaysia sejak usia semuda 17 tahun. Dia juga merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai dia sendiri dan Mia Delisha.

IKLAN

Kejelitaan pelakon baru Hannah Delisha yang memegang watak Aira dalam Mencintaimu Mr. Photographer bersama Shafiq Kyle mencuri perhatian peminat setia drama bersiri itu yang akan bersiaran menganti drama Hero Seorang Cinderella.

Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha

IKLAN

Mencintaimu Mr. Photographer merupakan terbitan terbaru MIG Productions Sdn Bhd, adaptasi dari novel karya Emma Mariam ini diarahahkan oleh Eyra Rahman. Drama bersiri ini merupakan drama pertama Delisha di Malaysia.

Selepas mula berlakon dalam beberapa drama di singapura, Delisha atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, kini kembali ke seberang Tambak untuk tampil dalam drama bersiri yang kini hangat di perkatakan.

IKLAN

Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, gadis kacukan ini sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol, Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad.

Di sebalik wajah jelita persis gadis mat salih, Hannah juga menggemari masakan Melayu. Gadis ini gemar menikmati masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal, terutamanya sambal petai.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI