Setelah mencipta sukses tersendiri sejak hari pertama ditayangkan, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terus mencipta sensasi apabila kali ini berjaya menarik minat platform penstriman popular dunia, Netflix.
Menurut pengarahnya, Syamsul Yusof, pihak Netflix dikhabarkan bersedia untuk membeli filem tersebut dengan harga RM7 juta untuk ditayangkan.
Katanya lagi, filem ini secara tidak langsung telah membuka mata dunia untuk mengiktiraf karya-karya tempatan.
“Untuk pengetahuan para penerbit di luar sana, Netflix mahu beli Mat Kilau dengan harga RM7 juta. Kita jangan cakap dulu mengenai bajet filem ni.
“Sekarang ni kita bercakap tentang tiada filem Melayu yang mereka sanggup bayar sampai RM7 juta sebelum ini. Saya pun terkejut pada awalnya
“Maknanya, mereka semua ini nampak ada sesuatu pada filem ini dan sebab itu mereka tak kisah beri harga sedemikian. Kita boleh pergi jauh sebenarnya,” katanya.
Syamsul berkata sedemikian ketika ditemubual menerusi segmen Mulut Puaka Session 2.0 yang ditayangkan disaluran Youtube Zhafvlog baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, anak kepada pelakon dan pengarah tersohor, Yusof Haslam ini juga turut berharap agar pencapaian filemnya itu mampu menaikkan lagi semangat para pembikin filem tempatan untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya hebat selepas ini.
“Syukur sekarang ini kita ada pelbagai platform penstriman. Segalanya berbalik kepada karya itu sendiri. Kalau karya itu baik dan mampu buktikan yang ia boleh sukses di negara sendiri, mereka pasti akan tawar harga yang baik.
“Kita kena fokus pada produk dahulu. Tolak tepilah dulu Netflix, nak tayang atau menang anugerah di luar negara. Karya itu dahulu yang harus diutamakan.
“Korang semua mungkin tidak akan percaya marketing filem Mat Kilau ni tak sampai RM300,000. Gilakan bunyinya. Saya bercakap perkara ini sendiri pada ayah saya.
Ads
“Kita tak perlukan bajet yang besar. Mungkin sesetengah orang kurang senang kalau saya kata sebegini. Saya bercakap bagi pihak para pembikin filem yang tiada bajet besar. Mereka juga boleh sukses sebenarnya,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Syamsul berpandangan para pembikin filem tidak sepatutnya terlalu mengejarkan pengiktirafan sebaliknya, mereka harus memberikan sepenuh tumpuan untuk menghasilkan karya-karya yang hebat.
“Saya tak kata pembikin filem yang menyasarkan filem mereka ditayangkan di luar negara ini tak bagus, saya okay sahaja tapi bukan itu sebenarnya yang harus diutamakan dulu.
Ads
“Segala pengiktirafan itu akan datang sendiri nanti bila karya kita bagus. Contohnya macam filem Munafik 2 yang memenangi Anugerah Asia Pasifik. Saya sendiri tak sangka tapi tetap syukur.
“Tapi kalau tiada penganugerahan tersebut, saya tetap akan rasa sama je. Saya akan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik,” kongsinya lagi.
Terdahulu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan RM71 juta selepas tiga minggu ditayangkan.
Filem ini dibintangi ramai pelakon-pelakon hebat tanah air antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan Johan Asaari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof & YouTube Pure Pixels
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja bersiaran buat pertama kali di slot 3 Pagi Era, penyampai radio dan pelawak Nabil Ahmad kantoi dengan isteri, Zira Ayub apabila bekas kekasihnya sendiri telah menghubungi radio Era bagi membincangkan topik ‘Orang Ketiga’.
Topik itu hangat menjadi bualan tiga penyampai radio slot pagi Era baharu itu yang turut diterajui Azad Jasmin dan Radin.
Bekas kekasih Nabil yang dikenali sebagai Intan mengatakan dia pernah bertemu janji dengan seseorang yang kini sudah mencipta nama dan terkenal di seluruh Malaysia sebelum mendedahkan individu tersebut adalah Nabil.
Malah, dia turut mengimbas kenangan ketika Nabil menghantar surat ke pejabatnya pada suatu ketika dahulu.
“Siapa ada kenangan manis kat Rahang, Negeri Sembilan?
“Tak ingat ke kenangan manis datang office saya hantar surat… kita keluar sama-sama, selalu pergi makan.. tak ingat ke?
“EX5 awak tu pun saya ingat lagi,” dedah Intan.
Mendengarkan pengakuan wanita tersebut, Nabil yang kelihatan cuak terus melompat cuba mengingati apa yang diperkatakan Intan.
“Ni sebelum kahwin la kan, masa saya jadi despatch dulu la kan,” kata Nabil.
Menariknya, diskusi mengenai perkara itu tidak terhenti di konti sahaja, sebaliknya membawa sehingga ke rumah apabila Nabil secara curi-curi merakam perbualan isterinya yang bertanyakan mengenai Intan.
“Baru kerja satu hari dah ada Intan call, esok siapa call, Payung, lepas tu Emas?!” bebel Zira.
Menerusi video yang dikongsikan di YouTube Era itu, Nabil kelihatan pasrah apabila ditegur isterinya ketika sedang mahu menjamah makanan.
Terdahulu, Nabil, Azad dan Radin telah diumumkan sebagai penyambung legasi slot pagi Era mulai Isnin lalu.
Sebelum ini, slot itu diterajui JoHaRa iaitu Johan, Haniff dan Ray.
Haniff dan Ray kini memulakan tugas di slot baharu, 101 Era yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabil Zira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ramai memberikan kredit sejurus menonton telemovie di saluran Astro Ria, Amshar Bukan Asha jam 10.00 pagi tadi.
Telemovie ini mengetengahkan kisah kerelaan hati seorang anak untuk menuruti kemahuan ibu tersayang, namun hilang pendirian hidup yang diimpikan.
Malah, naskhah terbitan I Fabulous Art Media & Event Sdn Bhd ini juga sarat dengan emosi dan tangisan yang mampu meruntun hati penonton tentang kasih sayang seorang anak kepada ibunya.
Menerusi perkongsian terkini pelakon utamanya, Naim Daniel di Instagram, ratq-rata peminat memuji penampilannya di dalam telemovie berkenaan.
Masing-masing berkongsikan pandangan dan fak kurang yang bersemosi ketika menontonnya.
“Terbaik Amshar Asha,” tulis seorang peminat
“Sedih la. Whole family tengok and we got emotional masa Naim kena sebat dengan tali pinggang. Habis make up raya,” komen peminat lain.
“Sampai feeling dia. Aku nangis,” pendapat diberikan peminat.
“Best tengok lakonan Nain,” peminat memuji.
“Lakonan yang sangat hebat dan tak pernah mengecewakan,” antara komen tertera.
Selain Nain, Amshar Bukan Asha turut dibarisi pelalon lainnya seperti Farah Ahmad, Syazwan Zulkifly, Haidar Hasanudin, Emma Sofea, Sahronizam Noor dan Raff Roslee.
Amshar Bukan Asha mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang diberi nama timangan Asha.
Asmah, ibu kepada Asha amat menyayanginya dan sejak kecil Asmah lebih senang melihat anaknya berperwatakan lembut dan sopan.
Setiap pemakaian anaknya ditentukan mengikut kemahuannya dari hujung rambut ke hujung kaki.
Asha hanya menuruti sahaja permintaan ibunya.
Walaupun mengharungi pelbagai liku kehidupan, Asha tetap tabah menjadi dirinya dan menjaga hati ibunya sebaik mungkin kerana dia amat menyayanginya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Alhamdulillah filem Mat Kilau berjaya mencipta rekod Rm 61 juta dlm masa 17 hari.
“Mengatasi filem hollywood Star Wars/ The Avengers/ Jurassic World/ Black Panther/ Furious 7/ Spiderman & Transformers dalam carta “All Time International Malaysia Box Office”.
“Terima kasih pd semua penonton & nantikan next filem dari saya InsyaAllah!,” tulisnya.
Sementara itu menerusi Insta Stories, bapa kepada dua cahaya mata ini sekali lagi memberi bayangan mengenai naskhah terbaharunya.
“Terima kasih dari team Mat Kilau. Nantikan next film abg guys. Alhamdulillah,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...