Nervous Filem Keluar Hari Ini, Hairul Azreen ‘Buat Hal’ Berbaring & Bergolek Turun Tangga!

Share

Berdebar menantikan sambutan penonton terhadap filem terbaharu arahannya, Ada Hantu 2, Hairul Azreen melakukan ‘stunt’ luar biasa atau boleh dikatakan buang tabiat dengan menuruni tangga secara berbaring dan bergolek.

Aksi spontan Hairul itu dirakamkan isterinya, Hanis Zalikha dan dikongsikan kedua-dua mereka di laman Instagram masing-masing.

“Tolonglah saya, macam-macam dah saya fikir, esok dah harinya.

“Guys, saya pengarah filem Ada Hantu 2. Pergi beli tiket sekarang,” tulis Hairul beserta tanda pagar #meniagapaksa.

Dalam video tersebut, Hairul turut bertanyakan kepada Hanis mengenai sambutan jualan tiket bagi filem tersebut.

“Esok filem saya keluar, sayang (panggilan buat Hanis). Orang tak beli tiket lagi ke?” soal Hairul disambut tawa kecil daripada Hanis yang terhibur melihat aksi ‘buang tabiat’ suaminya itu.

Ada Hantu 2 memasuki pawagam seluruh negara bermula hari ini merupakan filem sekuel kepada Ada Hantu yang diterbitkan pada 2011.

Selain mengarah, Hairul turut membintangi filem bergenre seram komedi ini bersama barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Fify Azmi dan Ikhram Juhari.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Hairul Azreen

IKLAN