Neqayl Genap Dua Tahun, Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Buat Putera Kedua

Share

Tiada kata dapat menggambarkan kesyukuran pelakon Nora Danish apabila anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim kini genap dua tahun.

Pelakon comel ini turut berkongsi foto sekitar majlis sambutan hari lahir Neqayl yang turut mesra dipanggil Ney Ney.

“Anugerah Allah buat mommy yang menanti selama 9 tahun. MasyaAllah,” tulisnya di laman Instagram.


Terdahulu, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Raqyal yang kini berusia 12 tahun.

Selepas itu, Nora berkahwin bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Foto : Instagram Nora Danish

IKLAN