“Alhamdulillah, 13.7.2025 tepat pukul 10.46 pagi, saya selamat melahirkan anak lelaki kami yang kedua.
“Ingatkan yang ni nak keluar awal sikit dari Eushaq, rupanya sama nak keluar tepat 39 minggu empat hari juga. Terima kasih pada yang mendoakan saya,” tulisnya.
Titipan Doa & Sokongan Buat Para Pejuang Zuriat
Dalam hantarannya itu juga, Nelysa tidak melupakan para ibu yang masih menanti kehadiran zuriat dalam hidup mereka.
Ads
Dia sempat menitipkan doa dan kata-kata semangat buat golongan Trying to Conceive (TTC).
“Kepada para TTC, kami semua mendoakan kalian. Semoga satu hari nanti ahli keluargaku, sahabat dan followers yang belum merasakan jadi seorang ibu bakal merasai moment ni juga. Amin,” tulisnya lagi.
Ucapan tersebut nyata menyentuh hati ramai pengikutnya, yang rata-ratanya membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa tulus buat kesejahteraa mereka sekeluarga. Antaranya;
Ads
“Congrats mommy. Selamat berpantang.”
“Tahniah Nelly. Semoga baby menjadi anak lelaki yang kuat dan penyayang.”
“Semoga baby sihat dan membesar dengan baik.”
Ads
“Tahniah Nely. Terima kasih juga mendoakan kami yang TTC ni.”
Sebagai rekod, Nelysa mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Multazam Nasir pada 27 November 2022.
Pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung pada 18 Mei 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia muzik kehilangan seorang lagi lagenda apabila penyanyi utama kumpulan rock heavy metal ternama, Black Sabbath, Ozzy Osbourne dilaporkan meninggal dunia pada Selasa, 22 Julai 2025.
Ozzy, 76, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Birmingham, England dengan ditemani isteri tersayang, Sharon Osbourne serta anak-anak mereka. Khabar duka itu disahkan oleh ahli keluarga terdekat dan menamatkan khabar angin kesihatan beliau yang telah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kematian penyanyi legenda itu berlaku hanya 17 hari selepas beliau membuat persembahan terakhir dalam konsert amal khas “Back to the Beginning” di Villa Park, Birmingham yang merupakan lokasi simbolik kepada permulaan karier muziknya bersama Black Sabbath lebih lima dekad lalu.
Konsert tersebut disambut penuh emosi dan nostalgia oleh peminat tegar dan rakan artis, termasuk ahli asal Black Sabbath, Tony Iommi dan Geezer Butler, yang turut membuat penampilan khas pada malam bersejarah itu.
Ozzy, atau nama sebenarnya John Michael Osbourne, dikenali ramai sebagai ‘Prince of Darkness’ dalam dunia rock dan heavy metal.
Selain kejayaan bersama Black Sabbath, beliau juga mencipta nama menerusi kerjaya solo yang mencatatkan jutaan jualan album di seluruh dunia serta rancangan realiti popular, The Osbournes yang memperkenalkan sisi peribadi keluarganya kepada peminat global.
Penyanyi ikonik itu turut bergelut dengan pelbagai isu kesihatan termasuk penyakit Parkinson, kecederaan tulang belakang dan masalah pernafasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, beliau tetap tekad untuk menamatkan kariernya dengan satu persembahan terakhir yang dianggap sebagai hadiah istimewa buat para peminat.
Pemergian Osbourne menerima penghormatan luas daripada pemuzik tersohor seperti Elton John, Metallica dan Questlove yang masing-masing menyifatkannya sebagai lagenda tiada pengganti serta pelopor kepada revolusi muzik metal dunia.
“Saya amat sedih menerima berita pemergian @ozzyosbourne. Beliau merupakan seorang sahabat yang amat saya hargai serta perintis besar dalam dunia muzik yang telah mengukir tempatnya dalam kelompok legenda rock, benar-benar seorang lagenda.
“Beliau juga antara individu paling lucu yang pernah saya temui. Saya akan merinduinya. Kepada Sharon dan keluarga, saya ucapkan takziah dan kirimkan kasih sayang saya,” tulis Elton John di hantaran Instagramnya.
Jenazah Osbourne difahamkan akan dikebumikan secara tertutup atas permintaan keluarga.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Umur kita semua pun pendek. Rasanya kematian selalu memberikan saya muhasabah diri untuk berubah,” demikian kata pelakon Natasha Hudson, 42, ketika diminta mengulas perubahan penampilannya yang kini kembali berhijab.
Menurut Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, hasrat untuk berhijrah sebenarnya telah lama terpendam dalam hati.
Ia bukan keputusan tergesa-gesa, sebaliknya lahir daripada kesedaran yang perlahan-lahan terbina melalui doa dan muhasabah diri.
“Alhamdulillah, sebenarnya saya sudah lama memasang niat dalam lubuk hati ini untuk berubah.
“Tanda-tanda itu memang sudah ada tapi saya tidak rancang dan ia berlaku dengan sendirinya tanpa paksaan.
“Saya juga banyak berdoa pada Hari Arafah tahun ini dan pada hari lahir anak saya, Kaia pada 6 Jun lalu.
“Saya juga minta anak-anak dan kawan baik untuk doakan kerana sistem sokongan sangat penting,” katanya, petik Harian Metro.
Mengulas lebih tentang perubahannya itu lagi, pelakon filem Chermin ini menjelaskan sokongan dan suasana sekeliling banyak membantunya kembali mengenali erti hidup sebagai hambaNya.
“Orang yang berada di sekeliling banyak membantu saya muhasabah diri kita sebagai hamba Allah SWT yang lemah.
“Kalau kita tidak ‘audit’ diri tak mungkin terbuka juga, tapi kita hanya mampu berdoa untuk merendahkan diri, berserah, memaafkan orang dan diampunkan Allah.
“Bila Allah gerakkan hati kita hanya dengan satu jentik tapi seribu makna,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Natasha pernah meraih perhatian ketika muncul dengan imej berniqab pada tahun 2016, dan kemudiannya kembali tampil tanpa tudung sewaktu bercuti di Cherating, Pahang sekitar 2022.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 69, terharu apabila diberi peluang untuk kembali ke layar perak menerusi filem aksi Felai FX terbitan Sheunik Sdn Bhd.
Pelakon filem Adik Manja yang pernah mencetus fenomena sekitar 1980-an ini melahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk kembali aktif dalam lakonan sebagai sumber pendapatan menjadi kenyataan, selepas menerima tawaran berlakon daripada penerbit filem tersebut, Richard Ung.
Apa yang lebih menyentuh hati, anak lelakinya, Muhammad Al Syafiq, 36, turut diberi peluang untuk membintangi filem sama.
“Kawan saya yang juga penerbit Richard ini memang ‘gila’ sikit. Bila nampak saya terus ajak berlakon, kemudian dengan anak saya pun dia ajak sekali. Sudah lama saya tak berlakon, dulu mereka panggil ketika saya sihat, elok.
“Bukan macam sekarang ini, saya sudah tak berapa sihat. Bila tengah sihat okay sahaja. Sekarang saya tengah sakit memang tak boleh berlakon. Tapi masa saya berlakon untuk filem ini saya masih okay, boleh buat ‘stunt’ dan jayakan babak bergaduh.
“Tawaran untuk filem ini saya dapat pada 2023 dan penggambaran pun pada tahun itu juga ketika masih sihat. Cuma, baru-baru ini saya menghadapi masalah tekanan, lama-lama saya kurang makan macam-macam lagi penyakit datang,” katanya.
Dharma yang juga bapa kepada dua cahaya mata ditemui pada tayangan khas filem Felai FX di Panggung 1, FINAS, pada Khamis.
Menerusi filem itu, Dharma membawakan watak ketua kumpulan samseng yang terlibat dalam sindiket pelaburan mata wang asing.
“Dalam filem ini saya jadi ketua ‘samseng’ atau ‘mafia’ dan banyak jalankan urusan ‘forex’. Kemudian ada juga babak aksi seperti tembak-menembak.
“Kiranya saya jayakan watak antagonis dalam filem ini. Sebenarnya saya tak minat watak jahat, tapi sebab sudah terlalu lama tak berlakon, jadi saya ambil tawaran sebab memang ini minat saya dan ini juga diajak oleh kawan saya, Richard.
“Richard ini kawan lama saya tu sejak era 1980-an lagi, jadi nak tak nak, saya buat jugalah. Memang sudah lama saya tak berlakon sebab sebelum ini juga saya banyak terbabit di belakang tabir dengan produksi sendiri,” jelasnya.
Lebih daripada sekadar pekerjaan, penglibatan dalam filem ini menjadi satu bentuk terapi buat Dharma, yang mengubat kerinduannya terhadap dunia seni lakon yang sekian lama ditinggalkan.
“Memang dapat mengubat kerinduan saya walaupun saya terbabit untuk penggambaran ini hanya sehari sahaja. Memang sekejap sahaja penggambaran saya, datang pagi petang sudah habis, malam pula tak ada.
“Saya tak rasa ini sebagai pekerjaan, tapi perkara yang memang saya cinta, jadi bila dapat kembali memang mengubat kerinduan. Kali ini saya banyak terbabit dengan pelakon-pelakon saya tak berapa kenal kerana kebanyakan masih baharu,” katanya lagi.
Penerbit filem tersebut, Richard Ung, turut mengambil inisiatif membantu Dharma melalui syarikatnya, AMP Moves Sdn Bhd, dengan kerjasama Sheunik Sdn Bhd serta Teguh Setanding, menganjurkan tayangan khas Felai FX yang lebih bersifat kebajikan berbanding komersial.
Richard turut menjelaskan, tayangan khas itu diadakan bagi membantu Dharma bagi melunaskan tunggakan sewa rumah dan menampung kos sara hidup dua anaknya, termasuk seorang yang masih menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
“Saya tidak dapat berkongsi jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada Dharma pada majlis tayangan khas ini.
“Apa yang boleh saya beritahu, sumbangan itu cukup untuk Dharma keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang iaitu untuk bayar tunggakan sewa rumah dan kos sara hidup dalam tempoh tiga bulan sehingga anaknya menamatkan pengajian,” katanya.
Melalui inisiatif ini, Dharma turut menerima sumbangan wang tunai daripada syarikat produksi sebagai tanda sokongan dan keprihatinan industri terhadap insan seni yang pernah mewarnai layar perak suatu ketika dahulu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.