MH pasti ramai yang sedia maklum tentang isu kontroversi yang hangat diperkatakan minggu ini berhubung pelancaran tudung daripada Naelofar Hijab di salah sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Pengasas kepada jenama ini yang merupakan seorang pelakon dan usahawan berjaya, Neelofa telah mengucapkan terima kasih atas teguran dan nasihat yang diberikan kepadanya daripada Mufti Wilayah Perkutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung isu ini.

IKLAN

Menurut Neelofa, dia juga dengan rasa rendah diri menerima segala teguran yang diberikan dan menghargainya.

IKLAN

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas nasihat dan pandangan ikhlas daripada tokoh agama itu.

 

“Saya anggap ia satu teguran dan nasihat yang menenangkan daripada seorang tokoh agama (Dr Zulkifli), dan saya sangat menghargainya.

 

“Saya dan pasukan Naelofar Hijab sangat mengambil berat setiap nasihat dan cadangan yang diutarakan Dr Zulkifli itu,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan cadangan untuk berdepan dengan situasi yang tidak diduga seperti ini.

IKLAN

“Setiap sokongan, teguran serta cadangan, saya hargai dan hanya ucapan terima kasih mampu dihulurkan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI