Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi foto suami, Haris Ismail atau PU Riz yang sedang bergurau senda dengan anak sulung mereka, Muhammad Bilal.
Video pendek itu dikongsikan pemenang Dewi Remaja 2010 menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Malah, ia turut dikongsikan Neelofa di dalam TikTok dan setakat ini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka selain ditonton jutaan kali.
“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dgn keluarga, travel & of cos berniaga,” tulis Neelofa di dalam video sama.
Bagaimanapun, akses ruangan komen tidak dibuka oleh belas hos program MeleTOP ini.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz yang juga pendakwah bebas itu pada 27 Mac 2021 seterusnya menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada 29 Januari lalu.
Ads
Sejak dilahirkan ramai peminat ternanti-nanti untuk melihat wajah penuh Bilal, namun Neelofa memilih untuk menutup muka anaknya itu jika memuat naik gambar di media sosial sebelum ini.
Malah sebab dia mengambil keputusan sedemikian juga telah diperjelaskan sebelum ini.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Ayda Jebat tidak menolak peluang sekiranya ada penyanyi lain yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai komposer.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat berkata, dia juga mahu meneroka cabaran baru untuk berbuat demikian selepas pernah mencipta beberapa buah lagu yang dinyanyikan sendiri.
Antaranya Tak Bisa Lepas, Mana Ada Hati, Nakal Nakal Nakal, Parah Parah dan banyak lagi.
“Saya sering mencipta lagu dan lirik untuk saya nyanyikan sendiri. Kadang-kadang lagu itu dicipta bersama komposer lain, kadang-kadang saya menciptanya sendirian. Saya pernah juga mencipta lagu kempen untuk dinyanyikan oleh saya bersama penyanyi lain.
“Jika ada penyanyi yang mahu menyanyikan lagu ciptaan saya, mungkin saya akan pertimbangkan. Tak salah untuk saya mencuba dan menambah ilmu. Saya sendiri mahu belajar banyak perkara dalam bidang muzik dan salah satunya menerusi cabang penciptaan lagu,” katanya.
Ayda, 30, ditemui di majlis pelancaran Malaysia Boleh bersama Milo di Dataran Merdeka ketika sambutan Hari Malaysia pada Jumaat.
Baru saja melancarkan single baharu berjudul Kitalah Juara sempena sambutan Hari Malaysia, lagu terbabit dinyanyikan oleh empat penyanyi berbilang kaum iaitu Ayda, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan.
“Lagu ini saya cipta dalam masa dua hari sahaja dan dibuat khas untuk Milo. Saya gembira dapat mencipta lagu ini kerana ia dapat menyerlah semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan disampaikan oleh penyanyi berbeza bangsa.
“Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi nama negara dan bangsa.
“Sebagai penggemar MILO sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan. Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui,” katanya.
Terdahulu, kempen bulan kebangsaan anjuran MILO, #MalaysiaBolehBersamaMILO di Dataran Merdeka bertukar menjadi ‘lautan’ hijau apabila dibanjiri lebih 20,000 rakyat Malaysia yang menyertai sambutan Hari Malaysia yang paling bertenaga.
Bermula hujung Ogos lalu, kempen berkenaan berjaya menyatupadukan rakyat di seluruh negara dengan siri jelajah van MILO ikonik untuk meraikan semangat perpaduan dan memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga MILO.
Pelepasan Larian Malaysia Boleh Bersama MILO telah disempurnakan oleh Datuk Rashid Sidek, legenda badminton negara yang juga duta MILO® HI-FIBRE.
Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertenaga lagi menyeronokkan, selari dengan usaha berterusan MILO® untuk menerajui gaya hidup aktif rakyat Malaysia dari semua peringkat umur – antaranya, senamrobik, senaman Zumba dan sesi surf skate (papan luncur) yang menampilkan platform ombak mudah alih yang pertama di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan pelakon cantik, Tasha Shilla yang baru sahaja bersalinkan anak keduanya baru-baru ini mencuri perhatian netizen.
Tampil ringkas mengenakan kemeja bersama ‘leggings’ hitam, Tasha turut ditemani suami, Muhammad Atiq Idris ketika sedang membuat permeriksaan bayi perempuan mereka yang diberi nama Nyla Kaadira.
“With my baby girl Nyla Kaadira,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emiji berbentuk hati.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, ramai yang memberikan ucapan tahniah dan selamat berpantang buat pelakon drama Ariana Rose ini. Malah, ramai juga yang memuji kecantikannya.
“Looking good Mummy,” komen pelakon Puteri Sarah Liyana.
“Congratulations my baby boo,” ucap Daphne Iking.
“Mommy looking good,” puji peminat.
“Know know dah bersalin. Alhamdulillah Syukur. My favourite actress, selamat berpantang. Welcome to newborn,” ucap peminat lainnya.
“Congratulation pretty mommy still maintain and sweet always,” tulis peminat.
“Cantiknya lepas bersalin, kita da macam zombie da,” seloroh peminat.
Terdahulu, Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak selamat melahirkan cahaya mata kedua bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara pembedahan sekitar 10.37 pagi, 5 September lalu.
Tasha dan Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020. Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata Raeez Zander kini berusia setahun lima bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain dikenali sebagai seorang pengacara berpengalaman, Che Puan Sarimah Ibrahim juga sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Biarpun kini sudah tidak lagi aktif menyanyi, namun rata-rata peminat setianya pasti mengingati bait-baik lagu Kini Kau Tiada yang pernah hit suatu ketika dulu.
Terbaharu, Sarimah, 43, berkongsikan keterujaannya yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan lagunya itu akan dinyanyikan oleh pasangan hos program Gegar Vaganza (GV9), Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, Sarimah turut berkongsi sedutan video rancangan GV9 minggu lalu menerusi segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’.
“Minggu depan (minggu ini), minggu kedua Gegar Vaganza. Elly dan Nabil, oh my god, tak sabar nak tengok.
“Minggu malar segar mekar membara,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga melahirkan perasaan serupa, tidak sabar untuk menyaksikan gandingan Nabil dan Elly membawakan lagu itu mengikut rendisi mereka sendiri.
Malah, tak kurang juga ada netizen yang mencadangkan agar ibu kepada seorang cahaya mata itu menjadi peserta GV untuk musim akan datang.
“Lagu legend, love sangat!
“My fav song! Yeay.
“Tak sabar nak dengar lagu fav hehe. Harap Nabil tak menjahanamkan lagu tu hihi tapi ada Kak Lina (Elly) mesti happening minggu ini.
“(Sarimah) tahun depan boleh masuk GV.
“Harapnya you datang konsert GV dan buat penampilan istimewa, mesti mantap!” komen beberapa netizen.
GV9 yang memulakan siaran pada Ahad lalu menampilkan 13 bintang bertarung demi merebut gelaran juara GV9.
Antara penyanyi yang bertanding ialah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nadzir, Tomok, Asheed Def Gab C, Roy Kapilla dan Bob Yusof.
Turut bertanding, Hazrul Nizam, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom, Pat Candy dan kumpulan VE.
GV9 bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.