Neelofa Tunjuk PU Riz Isi Masa Dengan Bilal, Ramai Geram Tengok Tubuh ‘Semangat’ Anaknya!

Share

Satu hantaran terkini daripada selebriti dan usahawan berjaya Noor Neelofa di Instagram mencuri perhatian wargamaya.

Foto berkenaan memaparkan gelagat kandid anaknya, Muhammad Bilal yang sedang bermain-main dengan bapanya, Haris Ismail atau lebih merasa diaapa sebagai PU Riz.

Neelofa turut menulis kapsyen ringkas pada hantaran tersebut disusuli dengan tanda pagar #cutekancaptioni.

Setakat ini, hantaran tersebut telah pun menerima lebih 200,000 tanda suka, bersama ribuan komen yang diterima.

Rata-rata mendoakan yang baik-baik buat Neelofa sekeluarga dan tak kurang yang rasa geram dengan fizikal anak lelakinya yang kini berusia lebih 8 bulan. Antaranya;

“MashaAllah Tabarakallah Bilal! Ni nak kena gigit je ni, geram!,” tulis penerbit, Ziela Jalil.

“MasyaAllah Allahuakbar! Bilal oh Bilal,” respons pelakon, Diana Rafar.

“Cute sangat Bilal,” komen Yaya Zahir.

“Ya Allah Bilal sayang, comelnya,” Shalma Aina turut komen.

“Geramnya tengok paha dia tu,” puji Elvina Mohamad.

“Gebunya Bilal,” reaksi ringkas Zahirah Macwilson.

“Kakitu geram,” Ika Nabella pun beri komen.

Sekadar informasi, Bilal yang turut menerima perhatian peminat itu dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN