Umum sedia tahu bahawa ketika ini, selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Neelofa kini sibuk dengan penggambaran drama terbarunya, Red Velvet di samping Alif Satar.

Ditanya apakah progres drama episod berkenaan, Lofa yang juga merupakan pengacara program MeleTop memberitahu, dia teruja untuk menghabiskan baki penggambaran yang dijangka tamat bulan depan.

Neelofa Tak Sangka Alif Hadi Bagus Berlakon

IKLAN

“Ya, saya masih sibuk di set lokasi Red Velvet. Baru saja hampir sebulan penggambaran dan ia masih lagi panjang perjalanannya sebab ia dijangka habis Oktober ini. Semuanya baik-baik saja dan krew, para pelakon pun best. Kita sudah ada beberapa footages yang sudah cut apa semua.

 

“Antara saya dan Alif Satar, kami saling membantu, kadang-kadang kami saling bertukar idea sepanjang proses penggambaran. Masing-masing tidak malu berkongsi pendapat. Saya dengan Alif Hadi pun okay. Tak  sangka dia sangat bagus. Saya tidak pernah berlakon sama dengannya sebelum ini.

 

“Dia adalah supporting actor yang banyak membantu. Hafidz Roshdi pun bagus juga. Kiranya kami boleh ngam dalam pembentukan karektor masing-masing ketika di set,” kata Lofa jujur sejurus ditemui dimajlis pelancaran produk suplemen, Chew & Glow di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Bekas pemenang Dewi REMAJA 2010/11 itu dilantik sebagai duta produk suplemen tersebut selama setahun.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Lofa akan sekali lagi terbang ke New York dan Milan Khamis ini bagi memenuhi satu lagi siri undangan program sebagai salah seorang panel di bawah The United Nations Development Programme (UNDP) serta komitmennya bersama jenama perhiasan wanita, Swarovski.

IKLAN

Kredit foto: Terima Kasih Cipot Redzuan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI