Neelofa Belum Sedia Muncul Di Program Televisyen, Mahu Timba Ilmu Terlebih Dahulu

Share

Pengacara dan usahawan, Neelofa menyatakan rasa terharu apabila masih menerima banyak tawaran untuk mengendalikan program televisyen meski tampil dengan imej berniqab.

Jelasnya, dia tidak menyangka penampilan terkininya itu mendapat respon naik stesen TV.


Bagaimanapun, bintang berusia 31 tahun itu memilih untuk menimbangkannya kerana tidak mahu muncul di kaca TV tanpa pengisian kukuh.

“Banyak tawaran yang saya terima untuk mengendalikan program TV. Saya terkejut kerana wanita berniqab seperti saya ditawarkan mengendalikan program untuk stesen premium pada waktu perdana.

“Sepatutnya, komitmen saya pada November dan Disember lalu. Namun, keadaan tidak mengizinkan kerana ada beberapa perkara perlu diselesaikan,” katanya menerusi Berita Harian.

Pada masa sama, bekas hos MeleTOP itu menambah, dia ingin menimba ilmu pengetahuan dahulu.

“Jika bersedia menerima tawaran itu, saya tidak mahu pergi kosong.

“Sebaliknya, biarlah saya fokus kepada pengisian dan menimba ilmu terlebih dulu,” katanya.

Ditanya mengenai pembabitannya dalam dunia hiburan pula, Neelofa menjelaskan, buat sementara waktu, dia mahu menghentikan aktiviti seni dan tidak terfikir untuk kembali berlakon.

Foto: Instagram Neelofa

IKLAN