Teka-teki mengenai siapakah dua individu yang dirahsiakan menerusi teaser Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru-baru ini akhirnya terjawab.
Dua individu yang dirahsiakan itu bukanlah finalis tambahan seperti yang diteka segelintir pihak, sebaliknya mereka ialah wakil penaja utama AJL39 bersama dutanya, Datuk Aaron Aziz.
Tiada Penambahan Lagu
Menurut Pengurus Projek AJL 39 yang juga Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russell Mark Rodrigues, tiada penambahan dari segi lagu (wildcard).
“Ramai yang tertanya-tanya di media sosial mengenai siapa individu yang dirahsiakan itu. Mereka ialah pengasas produk Jardin Peau dan dutanya iaitu Datuk Aaron Aziz.
“Sebelum ini kan memang ada 12 lagu yang bersaing di AJL. Bila ramai tertanya-tanya, kami hanya ikutkan sahaja ‘hype’ netizen.
Ads
“Namun bagi kami, 10 lagu sudah mencukupi untuk melangkapkan AJL39. Jumlah finalis adalah muktamat dan mereka adalah barisan lagu terbaik,” katanya pada acara Mega Live AJL39, di Petaling Jaya pada Sabtu.
Sebelum ini, dua buah lagu sebagai slot tambahan atau disebut sebagai ‘wildcard’ itu hangat diperkatakan susulan sebelum ini, sinonim 12 buah lagu yang akan dipertandingkan.
Hos AJL39 Diperkenalkan
AJL 39 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari ini bermula jam 9 malam.
Tiket untuk menyaksikan AJL 39 secara langsung boleh didapati melalui laman web, bermula malam ini.
Ads
Pada acara ini juga, pengacara Naz Rahman diberikan tanggungjawab selaku hos AJL39 dan akan bergandingan bersama penyanyi dan pelakon Sissy Iman.
Sepuluh lagu yang mara ke pentas AJL 39 adalah Sengaja nyanyian Amir Masdi ciptaan dan lirik Bunga Cantik dan Hang Nadim; Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).
Ads
Turut bersaing Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).
Tidak ketinggalan, Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh) dan Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru).
Lagu Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol/Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman/Mas Dewangga & Jova Devito) turut bakal memberikan saingan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kegembiraan juara Maharaja Lawak Mega 2019, Man Raja Lawak yang baru sahaja memiliki kereta baharu jenis Ford Mustang, tidak bertahan lama apabila kenderaan tersebut rosak selepas sekali digunakan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kassim, 48, berambah sedih apabila kerosakan tersebut difahamkan bukan berpunca daripada dirinya.
“Semua yang berlaku ada hikmahnya. Rezeki pembuka tahun 2025 dah rasa happy sangat-sangat dapat beli ‘musang’ (Mustang).
“Tapi yang sedih abang sempat bawa sekali jer pergi Melaka dengan famili lepas tu enjin problem di sebabkan orang lain,” luahnya.
Susulan itu, Man menjelaskan dia terpaksa menanti beberapa bulan untuk dibaiki sebelum dapat menggunakan kembali kenderaan tersebut.
“Sekarang abang terpaksa kena tunggu dua bulan baru merasa balik nak bawa. Air liur dah meleleh ni.
“Sabar jer lah, reda dan doakan abang kuat dan tabah untuk jalan terus,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama mendoakan agar urusan Man dipermudahkan.,
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 3,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Rezeki nyata berpihak kepada penyanyi Ning Baizura apabila buat pertama kali, dia berjaya meraih markah tertinggi mingguan menerusi saingan minggu kesembilan Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi.
Ning Baizura yang menyampaikan lagu popular dari Hikaru Utada, First Love dan Kisah Hati (duet dengan Sheila Abdul) menerima markah sebanyak 73.17% sementara Liza Aziz berada di posisi kedua hanya dengan perbezaan markah 0.01%.
Kemenangan itu sekali gus memberikan Ning membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan Adabi sebanyak RM500.
Menerima komen baik daripada Ramlis MS, tempat ketiga pula menjadi milik Zehra Zambri dengan 71.04%.
Berikut ialah markah semua peserta yang masih lagi tinggal mengikut kedudukan dan seterusnya layak untuk meneruskan saingan ke suku akhir, Ahad depan.
Seperti yang tertera, Sheila Abdull, Ronnie Hussien dan Fairuz Selamat kurang bernasib baik minggu ini kerana berada di kedudukan tiga terbawah.
Namun Fairuz boleh menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran diumumkan semasa segmen Ada Lagu, Ada Lagi.
Minggu hadapan, kelapan-lapan peserta akan menyahut cabaran tema ‘RockDut’ dengan menyanyikan lagu medley bergenre Rock dan Dangdut.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Foto: Astro (Azrul Rafie)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...