Penyanyi lagu terkenal Casablanca, Naufal Azrin, 25, berkongsi khabar gembira apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Fatin Farhanah Fauzi.
Majlis tersebut dipercayai telah berlangsung secara sederhana di Tumpat, Kelantan pada pagi Ahad, 31 Ogos 2025. Berita bahagia itu disahkan sendiri oleh Naufal menerusi satu perkongsian video di akaun Instagram rasminya.
Menerusi rakaman tersebut, detik akad nikah yang disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan jelas memperlihatkan suasana penuh syahdu dan bermakna.
Pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua ini saling mengenakan persalinan busana baju melayu lengkap samping songket serta baju kurung rona putih senada.
Naufal atau nama sebenarnya Ahmad Naufal Azrin turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM7,000 dan seutas gelang emas kepada isterinya sebagai pelengkap perkahwinan.
Ads
Majlis akad nikah itu berlangsung dengan kehadiran keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Sebelum ini, Naufal dan Fatin dilaporkan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada awal Februari 2025 dan mereka telah menjalin cinta lebih tujuh tahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.
Menurut Anna, setiap ucapan yang diterima amat bermakna buat dirinya dan dia telah membaca kesemuanya.
“Terima kasih banyak kepada kalian yang menghantarkan ucapan hari lahir yang sangat istimewa buat saya. Saya baca semuanya.
“Ketahuilah, setiap mesej-mesej tersebut sangat bermakna buat saya,” tulisnya.
Perkongsian itu dimuat naik oleh pelakon drama Melur Untuk Firdaus tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Khamis.
Dalam hantaran sama, Anna turut menitipkan ucapan terima kasih yang penuh kasih buat ibu tersayang, Ariz Arop, atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.
“Terima kasih juga buat mama yang sudah melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Anna turut meluahkan rasa syukur atas sokongan orang sekeliling dan berharap para peminat terus bersamanya meskipun sedang berdepan cabaran dalam hidup.
“Saya sangat bersyukur dengan orang-orang yang ada di sekeliling saya. Doakan yang terbaik buat saya. Saya kini bakal memasuki satu lagi lembarah baru dalam hidup,” ujarnya lagi.
Sejak beberapa hari lalu, hubungan Anna dan ibunya menjadi tumpuan umum apabila didakwa berada dalam keadaan tegang susulan beberapa isu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.
Menurut Sophia, dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai laporan tersebut kerana siasatan masih berjalan.
“Selepas saya membuat laporan polis, kini saya sedang menantikan jawapan daripada pihak SKMM.
“Jika ada perkembangan selanjutnya, saya akan maklumkan kepada pihak media. Berkemungkinan saya akan ke pejabat SKMM pada minggu hadapan,” katanya kepada MH.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan duta baharu Amber di Shangri-La, Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Pelakon filem Saka Perawan itu berharap kes yang dihadapinya menjadi pengajaran, terutama buat rakan artis yang sekian lama menjadi mangsa buli.
“Ketika ini, saya berasa agak lega. Saya buat laporan polis bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga buat semua orang yang melalui situasi sama, terutamanya rakan-rakan artis yang kerap menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual.
“Selain itu, saya juga mahu lantang bersuara dalam hal seperti ini. Ada segelintir pihak yang tidak berani nak melawan atau malas nak memperbesarkan isu ini.
“Pada saya, buli siber dan gangguan seksual ini tidak patut dinormalisasikan. Ada yang kata, ini lumrah kehidupan selebriti. Mereka salah.
“Segala bentuk buli adalah tidak normal dan tak patut ambil ringan. Lihat sahaja negara Korea Selatan, kes bunuh diri disebabkan menjadi mangsa buli sangat tinggi,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia telah menerima permohonan maaf daripada mana-mana pihak, Sophia mengakui belum mempunyai kekuatan untuk membuka mesej di media sosial.
“Kejadian buli siber ini memang memberi kesan dari segi emosi dan mental sehingga saya jadi takut nak buka mana-mana platform media sosial.
“Mungkin ada yang sudah DM untuk memohon maaf. Namun ketika ini, saya belum baca apa-apa lagi hal seperti itu dan serahkan segalanya kepada peguam,” katanya.
Sophia turut terharu dengan sokongan yang diterima daripada orang ramai dan rakan artis.
“Alhamdulillah, saya ada keluarga dan peminat yang baik. Malah, saya juga terharu dengan sokongan yang diberikan oleh orang ramai. Ada juga yang memberikan komen-komen positif dan kata-kata yang baik.
“Ada juga rakan-rakan artis yang mesej dan berikan kata-kata semangat. Mereka juga faham apa yang saya lalui.
“Dulu mereka ingat tiada siapa yang akan bersuara untuk isu seperti ini. Kini, mereka tahu ada yang berani melawan,” katanya.
Jumaat lalu, Sophia membuat laporan polis selepas didakwa menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual di media sosial.
Menurut peguamnya, Aizat Azam, komen yang diterima bukan sahaja berunsur penghinaan, malah mengandungi ugutan seksual secara terbuka terhadap anak guamnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah, 32, tenang menghadapi spekulasi netizen yang mendakwa wujud suasana janggal antara dirinya dan penyanyi Bella Astillah ketika berada di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025).
Menurut Sophia, dia tidak merasakan apa-apa kejanggalan, sebaliknya lebih menumpukan perhatian terhadap penghargaan yang diterima.
“Okay sahaja, sebab saya dalam industri yang sama. Bagi saya, saya masih dalam proses memahami kenapa saya yang menang… masih terkejut sebenarnya. Tapi (bila menang) saya rasa sangat bersyukur.
“Saya tak rasa kena sindir. Mungkin itu adalah cara dia (Bella) sampaikan (anugerah). Sebab memang dia kenal,” katanya.
Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media AMT 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.
Malah, dia memilih untuk bersikap profesional dan tidak mahu memanjangkan perkara yang boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan peminat.
Dalam acara tersebut, Bella menyerahkan trofi kepada Sophia untuk kategori Selebriti Feminin Terhangat, namun interaksi mereka menjadi bualan hangat netizen kerana dikatakan kelihatan janggal dan tidak mesra.
“Selebriti Feminin Terhangat Pilihan Ramai Adalah…. Yang Ni Saya Kenal. Kenal Sangat… Sophia,” kata Bella sebelum menyerahkan trofi berkenaan.
Sementara itu, Bella turut dilihat mengelak dari ditemubual media dan tidak hadir ke bilik sidang akhbar selepas memenangi kategori Selebriti Couple Goals Terhangat bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Sebaliknya, Bella terus meninggalkan lokasi selepas selesai acara.
Situasi ini kembali mengingatkan warganet kepada kontroversi yang tercetus pada Januari 2023 apabila Bella mendakwa Sophia sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Bella Astillah.
Bella sebelum ini turut berkongsi tangkap layar permohonan maaf daripada Sophia yang ingin memperbetulkan keadaan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.