Meski ramai yang memuji naskhah sulung arahan Datuk Awie menerusi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak, namun ada juga yang membandingkannya dengan naskhah terbitan syarikat produksi gergasi yang menelan bajet berlipat kali ganda.
Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata, tidak adil untuk membandingkan filemnya itu dengan naskhah yang kos pembikinannya berbajet mewah.
“Saya tak faham kenapa orang nak bandingkan Rebel dengan filem lain?
“Dari segi genre, jalan cerita dan bajet pun filem Rebel sangat berbeza dengan filem lain. Rebel bukanlah filem bergenre aksi berat yang menelan belanja besar.
“Jadi, jangan bunuh semangat saya untuk terus berkarya, memandangkan ini adalah filem pertama sentuhan saya selaku pengarah.
“Saya sudah hasilkan yang terbaik mengikut kemampuan dengan kekangan bajet sedia ada,” katanya.
Mengulas mengenai bajet, kata Awie, dia mengarahkan filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi.
“Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntukkan bajet berganda lebih besar.
“Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya. Takkan saya nak buat dengan terlebih bajet pula?
Ads
“Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, kata Awie, dia tidak akan patah semangat untuk terus berkarya walau apapun maklum balas diterima daripada penonton mengenai filem Rebel.
“Saya akan terus mengarah walaupun kutipan filem Rebel dilaporkan sederhana kerana itu adalah asam garam dalam pembikinan filem.
“Maklumlah, saya sendiri sudah berlakon berpuluh filem dan ada filem lakonan berjaya dan sebaliknya. Itu adalah perkara biasa dalam pembikinan filem.
“Saya sudah rancang sesuatu untuk mengarah filem dengan syarikat sendiri pada masa akan datang,” katanya.
Ads
Apapun, kata Awie, dia sangat berharap peminat beri sokongan pada filem Rebel di pawagam tanah air.
“Filem Rebel memiliki mesej dan pengajaran berguna yang mahu disampaikan kepada penonton.
“Antara mesej disampaikan di mana orang selalu menuding jari pada mereka yang nakal dan jahat, tapi apa punca mereka jadi begitu?
“Takkan mereka dilahirkan ke dunia terus nak jadi nakal dan jahat? Mesti ada sebab atau keadaan yang memaksa jadi begitu,” katanya.
Filem bergenre aksi itu diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama.
Ia turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Ads
Mengisahkan perseteruan antara dua individu, Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique) meskipun berada dalam pertubuhan yang sama.
Luka, seorang pemuda yang berasal daripada penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan dikelilingi elemen tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism.
Walaupun berasal daripada persekitaran seperti itu, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun, Luka mempunyai satu sifat membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan mata.
Pada masa sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman. Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibu Luka.
Pergaduhan tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.
Rebel: Berontak Untuk Berotak menemui penonton pawagam di seluruh negara sejak 2 Mei lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Bagai terbuai-buai. Alhamdulillah, pada hari jumaat yang mulia ini. Tunggu dari tahun 2021, tahun ni dah siap.
“Kena usaha dan kerja lebih kuat lagi. Nak kene bayar rumah pula,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Intan Payung itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Bunga turut menyeru semua pihak untuk terus berjuang dan mengejar impian meskipun ramai pihak yang tidak percaya dengan kemampuan diri kita.
“Semoga yang melihat posting ini, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan
“Ketepikan apa orang kata, orang boleh cakap 1001 kekurangan apa yang kita buat, kita boleh dengar pendapat mereka tapi kita lah yang buat keputusan untuk hidup dan diri kita.
“Jadi, jalan terus! No simpang simpang! Kita je tahu diri kita,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Bunga.
“Diam-diam awak buat sampai jadi. Awak inspirasi saya. Tahniah Bunga.
“Tahniah Bunga. Teruskan berjuang.
“Alhamdulillah. Jalan terus sis. Suka tengok,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Bunga memulakan kerjaya seninya pada tahun 2018 dan melancarkan single pertama yang berjudul ‘Bunga’ pada 2019.
Sejak daripada itu, kerjaya Bunga semakin mendapat perhatian ramai sehingga berpeluang menjadi artis tempatan yang terpilih untuk mengadakan persembahan pembukaan untuk konsert band popular antarabangsa, Coldplay di Kuala Lumpur pada 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shila Amzah menyifatkan tindakan memutuskan hubungan dengan sahabat baik merupakan perkara yang biasa berlaku di dalam kehidupan.
Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahilah Amir Hamzah akui sedikit terkilan apabila tali persahabatan yang dibina sejak sekian lama terputus begitu sahaja.
“Putus sahabat ni normal bila mencecah usia 30-an tapi tak pernah sangka kawan berbelas tahun pun boleh putus,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Memori Tercipta itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Bagaimanapun, Shila menganggap kehilangan sahabat pada usia yang lebih matang membuatkan kita lebih berdamai dengan takdir.
“Namun, bila ia berlaku ketika usia 30-an, kita lagi senang terima. Bila dapat tahu kebenaran tentang sesuatu, kita sudah tiada tenaga nak minta penjelasan.
“Jalan terus dan tak balik lagi,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh Shila selain turut menyifatkan persahabatan yang dipenuhi semangat toksik lebih memenatkan.
“Betul sangat. Tak perlu penjelasan pun. Penjelasan pun tidak akan dapat mengubah apa-apa.
“Setuju. Tiada yang kekal di dalam dunia ini. In Sha Allah ada hal yang lebih baik menanti pada masa hadapan.
“Saya juga merasakan hal yang sama. Teruskan sahaja kehidupan. Hidup kita adalah milik kita.
“Ada kalanya matlamat, prinsip dan semangat kita sudah tidak selari. Jadi, kita kena bawa diri kita sendiri.
“Saya rasa tenang bila sudah hilang kawan yang jenis talam dua muka,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, ketika ini, Shila masih lagi di dalam proses berpantang selepas selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sekadar informasi, Shila telah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh, Ubai pada tanggal 5 Ogos 2023 selepas bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022, selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Thread & Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...