‘Nasib Tak Terkuek Kat Launching Abah Tadi’ – Dengan IzinNya, ‘Baby Cikmad’ Lahir Sejurus Nubhan Lancar Lagu Baru!

Share

Menerusi laman sosial pengurus Nubhan Ahamad, Intan Becky memaklumkan isteri kepada penyanyi Selamat Jalan Cinta, Dr Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan bayi lelaki tepat jam 2.05 pagi pada 19 Januari lalu. 

Bayi seberat 3.4 kilogram itu telah dilahirkan secara normal. 

Isteri Nubhan Ahamad, Dr. Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan bayi lelaki yg comel seberat 3.40kg dengan kaedah normal tepat jam 2.05 am 19.1.19. 

Bayi yg baru di lahirkan ini adalah anak kedua pasangan ini selepas mendapat anak sulong perempuan bernama Aafiya. 

Masih belum ada nama yang sesuai, baby ini hanya di gelar ‘baby cikmad’ . Terima kasih atas doa semua. Bayi dan ibu sihat. Terima kasih,” tulisnya. 

Nubhan yang secara kebetulan selesai melancarkan single terbaharu, Selama Jalan Cinta pada sehari sebelumnya. 

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aafiya Kamilia, satu tahun.

Tahniah dari MH, semoga kehadiran cahaya mata baru ini memberi lebih kebahagiaan buat keluarga Nubhan. 

Foto : Facebook Intan Becky  & Instagram Nubhan Ahamad

IKLAN