Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa geram terhadap individu yang mengungkit kisah silamnya bersama penyanyi, Shila Amzah.

Individu tersebut memberi tahu, jika diingat kembali kisah percintaan antara Sharnaaz dan Shila, dia berasa lega kerana hubungan mereka tidak berpanjangan.

Individu tersebut turut menggelarkan Sharnaaz merupakan seorang yang menjengkelkan.

IKLAN

Melihat tweet tersebut, ini respon balas Sharnaaz kepada individu yang mengungkit kisah hitam hidupnya itu.

“Nampak macam bapa penyayang, gambar ala ala anmum punya iklan. Mulut cantik sikit, lagi elok der. Apa pun selamat lah awak dunia akhirat buat sekeluarga,” tulisnya

Tidak melatah, Sharnaaz meminta individu tersebut supaya menjaga percakapannya selain turut mendoakan individu tersebut dan keluarganya selamat di dunia dan akhirat.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Sharnaaz supaya bersabar dan tidak mempedulikan individu tersebut.

IKLAN

“Nasib Baik Tak Kahwin Dengan Mamat Annoying Tu,”- Individu Ungkit Kisah Shila Amzah, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

Bagi MH, tak perlulah kita mengungkit kisah silam seseorang artis itu. Lagi pun, Sharnaz dan Shila telah pun memilih jalan bahagia mereka dengan pasangan masing-masing. Sebagai peminat, kita doakan sahaja yang terbaik untuk mereka.

Foto: Twitter Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI